Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud bertimbang rasa?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bertimbang rasa bermaksud menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil.Istilah24.01.2010
Salam sejahtera. Adakah yang di bawah betul? Kita harus bertimbang rasa contohnya Ah Meng memberi tempat duduknya kepada wanita hamil. Terima kasih.Susunan ayat yang lebih gramatis ialah, "Kita seharusnya mempunyai sifat bertimbang rasa seperti memberi tempat duduk kepada wanita hamil."Tatabahasa15.07.2013
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut:  "baik hati" =  suka menolong, mudah simpati dan pengasih,  "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang,   "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia,  "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran"  = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta.  "Kecekalan" =  ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati.  "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).  "Persaudaraan"  = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.  "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi.Istilah07.11.2010
Minta pandangan bagi penulisan ayat ini: Kita mestilah bertimbang rasa. Contohnya, memberi tempat duduk kepada nenek tua di dalam bas. Bolehkah perkataan 'contohnya' digunakan untuk memulakan ayat? Yang manakah betul singki atau sinki?1. Perkataan contoh dalam konteks ayat tersebut boleh digunakan.
2. Perkataan yang betul ialah singki.
Tatabahasa14.03.2014
Sebagai masyarakat yang hidup dalam negara yang () dan sedang berusaha mencapai kemajuan dan bertimbang rasa harus kita utamakan Abangun Bdibangunkan Cmembangun Dmembangunkan Mana satu yang betul Terima kasihPilihan perkataan yang betul  ialah  C. "membangun" bagi contoh ayat "Sebagai masyarakat yang hidup dalam negara yang "membangun" dan sedang berusaha mencapai kemajuan xxxxx." Tatabahasa24.03.2022
Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Mohon pengesahan penggunaan ayat "sifat-sifat terpuji" atau "sifat terpuji" dalam ayat seperti berikut: Mempamerkan sifat-sifat terpuji seperti adil dan saksama, bertimbang rasa, mesra, sabar, tegas dan konsisten dalam membuat keputusan, dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi, bersedia mendengar pandangan dan teguran, dan sentiasa berketerampilan dan berbudi bahasa. Sekian, terima kasih.Frasa "sifat terpuji" tidak perlu digandakan kerana ia boleh menandakan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya.Tatabahasa04.08.2016
Nama saya Nasrah Sani belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna beruntong?Maksud perkataan "beruntung" ialah 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh beruntung kerana suaminya sangat bertimbang rasa. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=beruntungTatabahasa04.11.2015
Nama saya Solihah Chewae belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna beruntungMenurut data kami, maksud beruntung ialah 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa.Makna16.11.2015
Merujuk kepada soalan yang ditanya pada 10/07/2014 dan jawapan yang diberi pada hari yang sama. Soalan: Tidak mahu menyusahkan ibu bapa. Merujuk kepada ayat di atas, bolehkah saya kata nilai murninya ialah " taat kepada ibu bapa " ? Jawapan: Boleh. Ini ialah soalan nilai murni yang keluar dalam peperiksaan percubaan Bahasa Melayu (SJKC) pada 8/7/2014, jawapan yang diberi oleh cikgu sekolah ialah bertimbang rasa, Walaupun saya menyuarakan pendapat saya dan jawapan yang diberi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dia tidak menerima jawapan taat kepada ibubapa. Apakah cara yang ada untuk saya rujuk kepada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang mengenai jawapan kepada soalan ini ? Apakah sumber atau personel yang boleh menolong saya dalam hal ini ?Untuk makluman, dalam hal peperiksaan pihak yang menganjurkan peperiksaan dalam hal ini ialah pihak sekolah merupakan pihak yang berhak dalam hal ehwal peperiksaan termasuklah jawapan kerana sudah pasti pihak sekolah menyediakan soalan bersama dengan jawapan/ skema jawapan yang telah dipersetujui oleh pihak panitia. Jawapan kami sekadar pandangan kami, namun jawapan guru berdasarkan skema yang telah dipersetujui. Perlu diingat bahasa ialah sesuatu yang subjektif dan berkemungkinan boleh menerima pelbagai jawapan daripada satu soalan. Namun pihak penganjur mempunyai kuasa untuk memilih jawapan terbaik yang dirasakan betul berasaskan kewajaran tertentu.Lain-lain15.07.2014
1