Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Kata Hubung 1. __________umurnya 70 tahun,_________dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengadakan-ngadakan _____hari ___ menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan __________ buku Latihan __________buku kerja. 4. ___________ saya tidak dihiraukan, ___________ awak , kata Amin kepada Dali. 5. __________ Siew Lan kurus, ___________ dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 7. Anak gadis Datuk Ramzi ____________bijak________ juga peramah, kata Dato Azlan. 8. Bersenam _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 9. ________ lelaki _________ perempuan, sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,kata ketua kampung. 10. ___________ terus berdiam, ___________ saya berterus terang sahaja.
Penggunaan kata hubung yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1. Walaupun umurnya 70 tahun, tetapi dia masih bertenaga.

2. Sikap Faridah yang mengada-ngada semakin hari  semakin menjadi.

3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan beberapa buku latihan dan buku kerja.

4. “Walaupun saya tidak dihiraukan, janganlah awak kecewa,” kata Amin kepada Dali.

5. Walaupun Siew Lan kurus, tetapi dia kuat makan.

6. Rumah di hujung pekan itu sangat  baik untuk fizikal dan mental kita.

7. “Anak gadis Datuk Ramzi terlalu bijak dan juga peramah,” kata Dato’ Azlan.

8. Bersenam sangat baik untuk fizikal dan mental kita.

9. “Baik  lelaki  mahupun perempuan, bersama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,” kata ketua kampung.

10. Daripada terus berdiam, sebaiknya saya berterus terang sahaja.

Tatabahasa06.10.2021
perkataan berlawanan dengan dinamik?Dinamik bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan, perkataan berlawanan yang hampir dgn dinamik ialah pasif (walau bagaimanapun perkataan berlawanan yg paling tepat bagi pasif ialah aktif)Lain-lain02.08.2007
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan untuk produk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA"Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi"Tatabahasa13.11.2007
teguhAntara makna teguh ialah tegap, kukuh,  keras, bertenaga, dan berdaya.Makna21.05.2010
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan atau "tagline" untuk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA"Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi"Tatabahasa13.11.2007
Jelaskan maksud dinamika dalam kepimpinan wanita

Ejaan yang betul ialah dinamik yang bermakna bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg tajam drpd orang ramai;

Makna22.07.2010
What is the BM translation for 'Energy Drink', as in 'Power Root Energy Drink'? Is it 'Minuman Bertenaga' or 'Minuman Tenaga'?Terjemahannya ialah minuman tenaga.Istilah14.12.2007
Salam. Saya ingin bertanya, apakah perkataan ini wujud dan apakah ertinya. 'memberdaya'Tidak ada  perkataan "memberdaya" (mem + berdaya) dalam dalam data kami, yang ada ialah "berdaya"  dan  "memperdaya". Berdaya bermaksud 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya  2. mempunyai kemampuan (keupayaan 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); . Memperdaya pula bermaksud melakukan tipu helah (muslihat); menipu.Ejaan12.02.2019
Ingin bertanya maksud ayat ini dalam Bahasa Melayu: My body feels as if it was falling apart. Badan saya terasa seakan-akan...? Terima kasihTidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. "Falling apart" mungkin bermaksud sangat lemah, tidak bertenaga atau tidak berdaya.Penyemakan dan penterjemahan20.10.2016
Assalamualaikum. Saya memerlukan bantuan pihak DBP untuk mencari terjemahan yang tepat bagi dua ungkapan dalam Bahasa Inggeris ini : 1)Allah knows best 2) Ready for Ramadan Ya, jika diterjemahkan, berbunyi "Allah mengetahui yang terbaik dan "bersedialah untuk Ramadan". Mungkin DBP boleh membantu saya jika boleh diterjemahkan dalam ungkapan yang lebih bertenaga dan bermakna. Akhir sekali, saya ingn bertanya mengenai ketepatan ejaan untuk istilah "Pra Ramadan" ..."PraRamadan" atau "Pra-Ramadan" atau "Pra Ramadan". Terima kasih.

Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk  “Allah knows best” dan “ready for Ramadan" ialah Allah mengetahui perkara yang terbaik dan bersedialah menghadapi Ramadan. 

Ejaan yang betul ialah pra-Ramadan.
Makna16.03.2021
1
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,