Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
bersopan santun mempunyai sengkang di antara atau tidak? perlu tulis berspan santun atau bersopan-santun?? Terima kasih....Perkataan bersopan santun dieja tanpa tanda sengkang.Tatabahasa03.07.2013
Apakah perbezaan antara bersopan santun dan berbudi bahasa?Bersopan santun dan berbudi bahasa sama maksudnya, iaitu beradab atau berakhlak.Tatabahasa21.02.2012
tidak gelojoh ketika makan. apakah nilai murni yang sesuai bagi ayat berikut sama ada berbudi bahasa atau bersopan santun. terima kasihKedua-duanya boleh digunakan. Yang paling hampir ialah bersopan santun.Tatabahasa20.01.2013
Persoalan tentang penggunaan "di dalam dan dalam". Yang manakah betul.? Antara nilai yang terdapat (di dalam / dalam) petikan ialah bersopan santun.Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun".Tatabahasa29.08.2011
apakah maksud berbasa-basi yang sebenarnya?Adakah perkataan itu termasuk dalam kata kerja dan apakah kata dasar perkataan ini?Maksudnya, beradat -istiadat, bersopan-santun. (asal - bahasa Minang )Makna19.01.2007
Apakah perkataan yang betul. berbasi-basi atau berbasa-basi. Dan apakah beza makna kedua-dua perkataan iniMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah "berbasa-basi".  Maksud nya ialah beradat-istiadat dan bersopan-santun (asal bahasa Minang). Tiada istilah "berbasi-basi".Istilah01.10.2014
Assalamualaikum.Saya nak tanya ayat berikut betul atau salah 1. Kita haruslah sopan santun terhadap orang tua. 2. Pasu-pasu bunga itu saya cat.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

(1)  Kita haruslah bersopan santun terhadap orang tua.

(2)  Pasu-pasu bunga itu saya cat. (ayat pasif kata ganti nama diri pertama).

Tatabahasa10.03.2014
Berikan jenis-jenis kesantunan secara luas dan juga definisi kesantunan secara am.

Assalamualaikum Encik Saipudin,

Kesantunan ialah perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;

Dalam kalangan orang Melayu, kesantunan dapat dilihat melalui pelbagai perkara. Malahan sejak kita kecil lagi kita telah diajar bagaimana untuk bersopan santun apabila bercakap dengan orang yang lebiah tua, bagaimana hendak membahasakan diri dan juga bagaimana hendak menegur sapa mengikut peringkat umur seseorang.

Encik juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui laman web dan juga buku-buku yang banyak dijual di kedai-kedai buku.

Makna19.02.2010
Yang manakah satu betul, di dalam petikan / dalam petikan? Terima kasih.Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun".Tatabahasa04.02.2013
saya telah beberapa kali mencari perkataan KESANTUNAN BAHASA dalam carian kata.apakah yang dimaksudkan dengan KESANTUNAN BAHASA?Kesantunan bahasa bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang santun, bersopan dan halus serta sesuai dengan peringkat sasaran penerimanya. Kesantunan ini dilihat dari segi pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut sesuai dengan situasi, menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan aspek-aspek lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang baik. Aspek kesantunan termasuk dalam penulisan dan pertuturan.Makna09.01.2008
1