Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
DBP, berikut yang manakah adalah betul? (a) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak daripada memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (b) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak kasih sayang. (c) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi bukan kasih sayang. (d) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anan-anak dan sebaliknya tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (e) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. Jika jawapannya lebih daripada satu, sila beritahu saya. Jika kesemuanya salah, sila bantu saya membetulkan ayat. Sekian.Ayat yang betul ialah , Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang daripada memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.Tatabahasa28.04.2011
'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak.' Itulah ayat yang saya baca dalam sebuah buku, tetapi saya juga pernah baca ayat seperti berikut: 'Awal KEESOKAN PAGINYA, kami...' Saya tertanya-tanya sama ada struktur untuk menyatakan masa telah ditentukan atau tidak?'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak. - ayat ini betul kerana kerana yang awal ialah pagi (awal pagi) bukan keesokan.Tatabahasa09.07.2010
Salam sejahtera..saya nak pastikan sama ada ayat ini betul atau salah. Jika salah mohon betulkan. 'Kami bersedia menerima tempahan khas daripada pelbagai saiz mengikut kehendak pelanggan.' terima kasih.

Menurut data kami, ayat yang betul ialah kami bersedia menerima tempahan khas pelbagai saiz mengikut kehendak pelanggan.
Tatabahasa07.02.2017
adakah redha sama maksud dengan rela?

reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia;

rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan;
Makna03.11.2009
Dengan berbuat demikian, kita lebih bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan yang diberikan oleh sekeliling orang manakala wahana Internet boleh menuntut ilmu pengetahuan kita tatkala kita melihat sesuatu perkara berita hantar gambar.Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini wahana Internet memainkan peranan yang vital makin membarah kita sukar mengawal diri untuk menepati masa tutup telefon yang sebaik-baiknya. Hal ini berpunca daripada maklumat yang tidak sihat telah diberi tumpuan oleh masyarakat dalam wahana Internet.Sehubungan dengan itu, kita tidak boleh mempengaruhi pemikiran yang sihat daripada orang lain.Setiap individu perlu menggalas tanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing. Apakah kesalahan tatabahasa dan kesalahan istilah dalam ayat semua di atasBolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasihCadangan jawapan yang sesuai berdasarkan teks yang diberikan ialah seperti berikut:

Dengan berbuat demikian, kita lebih bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan yang mendatang melalui wahana Internet. Melalui Internet, kita dapat memperoleh ilmu pengetahuan sama ada melalui medium berita atau gambar. Dalam dunia yang membangun seiring dengan kemajuan sains dan teknologi, wahana Internet memainkan peranan yang penting kerana semakin sukar untuk kita mengawal diri daripada penggunaan telefon yang betul. Hal ini berpunca daripada maklumat yang tidak sihat yang telah disalurkan oleh warga siber dalam Internet. Oleh itu, setiap individu perlu menggalas tanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing.



Tatabahasa28.01.2021
#MOHON SEMAKAN TATABAHASA# Kami di Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB), senantiasa bersedia memenuhi keperluan anda dengan memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Berikut adalah jawapan kepada beberapa soalan-soalan yang kerap dikemukakan terutamanya berkenaan dengan sistem perbankan patuh syariah yang telah dilaksanakan pada 2 September 2013.Penggunaan "Kami" jika merujuk kepada ayat tersebut agak kurang tepat dan membawa maksud yang berbeza daripada apa yang cuba disampaikan. Dicadangkan supaya ditambah perkataan yang berada dalam kurungan.

Kami (sebagai ahli/pihak pengurusan) Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB), senantiasa bersedia memenuhi keperluan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Berikut ialah jawapan kepada beberapa soalan yang kerap dikemukakan, terutamanya berkenaan dengan sistem perbankan patuh syariah yang telah dilaksanakan pada 2 September 2013.
Lain-lain01.09.2015
Assalamualaikum... Saya ada membaca jawapan pihak tuan dalam laman ini berkaitan Minit Mesyuarat. Dalam satu soalan, penanya meminta contoh minit mesyuarat dan pihak tuan bersedia meng-e-melkan contoh berkaitan. Saya juga ingin memohon jasa baik tuan untuk meng-e-melkan contoh minit mesyuarat kepada saya. Terima kasih.Tidak ada contoh minit mesyuarat dalam pangkalan data kami. Minit mesyuarat adalah dokumen sulit dan tidak boleh didedahkan untuk paparan awam. Untuk makluman tuan, DBP bersedia menganjurkan Kursus Penulisan Laporan (termasuklah Minit Mesyuarat) untuk membimbing peserta menghasilkan laporan yang baik dan berkesan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Ketua Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Kami mohon maaf atas kesilapan maklumat di atas.Lain-lain14.03.2012
Adakah perkataan 'aju' digunakan dengan betul dalam ayat berikut: "Adakah engkau bersedia untuk dibebani tanggungjawab besar? aju Omar kepada Xi Yang.Menurut data kami, perkataan aju boleh digunakan.Lain-lain20.10.2018
apamakna bahasa reseptif dan bahasa ekspresif?

Menurut Kamus Dewan, reseptif ditakrifkan sebagai mudah, bersedia atau terbuka utk menerima (contohnya seperti idea baru, cadangan, dsb).Ekspresif pula ditakrifkan sebagai bukan sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dll) yg dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dgn jelas. Contoh ayat untuk melihat contoh dengan lebih jelas kata ini ialah mereka begitu reseptif  terhadap rancangan baru itu.

Makna07.01.2008
Apakah perbezaan antara "mahu" dengan "hendak"?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.
Tatabahasa21.11.2013
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,