Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1.biasanya kita guna "berlepas ke...",bolehkah "berlepas dari ..." digunakan? TQ. | Kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
Ralat Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan kata kerja bagi bertolak dan berlepas. Adakah dua perkataan ini boleh membawa maksud belayar. Contoh ayat: Kapal kontena itu berlepas / bertolak dari Pelabuhan Kelang ke Australia. Terima kasih. | Perkataan "berlepas" dan "bertolak" dalam contoh ayat betul dan boleh membawa maksud belayar. Perkataan "belayar" lebih khusus untuk pergerakan di atas air. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Adakah terjemahan 'balai berlepas' boleh digunakan untuk 'departure hall' (di lapangan terbang)? | Salam sejahtera, Puan, Balai berlepas dalam data kami merujuk kepada dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang. Puan boleh menggunakan padanan ini jika sesuai. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2018 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan kata kerja bagi bertolak dan berlepas. Adakah dua perkataan ini boleh membawa masuk belajar. Contoh ayat, Kapal kontena itu berlepas dari Pelabuhan Kelang ke Australian. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. | Sila rujuk jawapan pada soalan yang lain. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Antara dua ayat berikut, yang manakah yang betul dan apakah penjelasannya? A. Aku akan pulang ke kampung minggu hadapan kerana ayah dan ibu sudah mendapat tarikh berlepas menunaikan umrah. B. Aku akan pulang ke kampung minggu hadapan kerana ayah dan ibu sudah dapat tarikh berlepas menunaikan umrah. | Kami mencadangkan jawapan A dengan sedikit penambahbaikan A. Aku akan pulang ke kampung pada minggu hadapan kerana ayah dan ibu sudah menerima/mengetahui tarikh berlepas menunaikan umrah. Pemilihan perkataan yang dicadangkan lebih tepat. | Tatabahasa | 17.04.2023 |
Saudara, bolehkah saudara menjelaskan kemusykilan saya tentang perkara-perkara berikut ? 1. a) Barang-barangnya kecurian malam tadi. b) Barang-barangnya dicuri malam tadi. Mana satukah yang tepat dari segi penggunaan imbuhannya ? 2. a) Hadiah itu dimenangi oleh Wei Lun. b) Hadiah itu dimenangi Wei Lun. c) Rumput-rumput itu dibasahi hujan. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan imbuhan 'di-....i' dan kata sendi nama 'oleh' bagi contoh ayat-ayat tersebut. 3. Antara 'berlepas ke' dan ' berlepas dari', adakah kedua-duanya tepat ? Keprihatinan daripada pihak saudara untuk menghuraikan permasalahan tersebut saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih ! | 1. Barang-barangnya dicuri malam tadi - ayat (imbuhan) yang betul 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Apitan di-...-i diterangkan bahawa apitan di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya mempelopori - dipelopori; Gerakan menuntut kemerdakaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan, mengotori - dikotori; Selepas hujan bilik darjah dikotori oleh tanah lumpur. Kata sendi nama oleh yang kedudukannya selepas kata kerja boleh digugurkan secara pilihan. Ketiga tiga ayat contoh yang diberi adalah betul. 3. Berlepas ke dengan berlepas dari, kedu-duanya adalah betul. Yang pertama menunjukkan tempat yang dituju (berlepas ke angkasa lepas) dan kedua menunjukkan tempat asalnya/punca (berlepas dari Terminal ...) | Tatabahasa | 25.05.2008 |
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1. Adakah berlepas/bertolak sesuai digunakan untuk orang dan kenderaan? 2. Para usahawan setempat perlu mencari peluang untuk memasarkan produk-produk keluaran mereka ke peringkat antarabangsa. Adakah perkataan setempat dalam ayat ini betul? 3. pelbagai barang atau pelbagai barangan betul? Terima kasih. | 1. Jawapan yang betul ialah: 1. Berlepas/bertolak boleh digunakan untuk orang dan kenderaan 2. 2. Para usahawan setempat/tempatan perlu mencari peluang untuk memasarkan produk keluaran mereka ke peringkat antarabangsa. 3. 3. Pelbagai barang atau pelbagai barangan boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.08.2021 |
Salam... adakah teks ini betul...ini adalah pengumuman di stesen keretapi " Panggilan untuk atau kepada?? Penumpang tren no# bla3.... dipersilakan ke platform # gate # untuk perlepasan. Tren akan berlepas atau membuat perjalanan??? Pada jam bla3... Terima kasih atas bantuan. | 1. Panggilan kepada... 2. Penumpang tren nombor....dipersilakan ke platform...pintu...untuk pelepasan. 3. Tren akan berlepas pada pukul... | Tatabahasa | 22.12.2015 |
'penternak' madu lebah, burung waliit dan burung merpati. dari segi teknikalnya mereka tidak menternak. mereka memperoleh hasil dari haiwan yang berlepas bebas. mereka juga tidak pelihara haiwan itu sebab haiwan itu mencari makan sendiri di alam liar. Haiwan ini boleh berpindah tempat dan mendapat 'tuan' baru. haiwan ini boleh dianggap liar. bahasa inggerisnya yg hamper ialah 'ranching'. Ranch dalam kamus melayu ialah kawasan peternakan yang luas. beribu2 ekar. Jika di fahami dari segi peternakan. sebetulnya Haiwan dalam ranch dibiarkan lepas dan bebas tanpa kandang dan pagar, dan dibiarkan meragut sendirian dgn rumput yang tumbuh liar. saya cadangkan pemunya ternakan (sebetulnya bukan kepunyaan mereka dgn mutlak) utk sistem peternakan ini di beri istilah baru dan saya cadangkan dgn memahami konsep peternakan itu sendiri. sebagai contoh 'penyadap' nira anau adalah orang yg mengerat ,mengutip dan mengumpul nira. pokok anau itu bukan hak mutlaknya. saya ada lihat perkataan melayu nya 'ranco' adaptasi inggeris. jadi kalau digunakan ia menjadi "peranco lebah kelulut" (walit, atau merpati).. atau patut disemak lagi perbendaharaan kata melayu sebab budaya melayu sejak dulu ada sahaja aktiviti ranching khusus nya dalam mencari sumber makanan dari sumber alam, yg percuma dan tanpa input atau modal pelaburan. sekian terima kasih, | Istilah yang tuan cadangkan, iaitu "peranco" akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk diteliti dan dibincangkan. | Istilah | 06.10.2016 |
Terdapat satu tempat di tepi landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dinamakan sebagai "Anjung Spotter", iaitu sebuah anjung untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. "Spotter" tersebut sepatutnya apa di dalam bahasa Melayu? Adakah sepatutnya "Anjung Pengesan Kapal Terbang"? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah spotter ialah pengesan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 18.10.2022 |