Kata |
Takrif |
Sumber |
berlelehan | keluar atau mengalir banyak-banyak (bkn peluh, air liur dll): ~ air liurnya melihat makanan yg lazat-lazat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlelehan | mengalir atau meleleh dgn berlebih-lebihan, meleleh selalu, senantiasa meleleh: ~ air liurnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leleh | /léléh/; berlelehan keluar atau mengalir banyak-banyak (bkn peluh, air liur dll): ~ air liurnya melihat makanan yg lazat-lazat. meleleh mengalir perlahan-lahan (bkn peluh, air mata, getah dll): Air matanya ~ di pipi. melelehkan membiarkan meleleh; mengalirkan: Ibu telah banyak ~ air mata kerana engkau. lelehan sesuatu yg meleleh ke luar (spt susu getah di pokok). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berleleran | 1. meleleh selalu (benda-benda melekit spt hingus dsb), berlelehan; 2. ki tidak menentu (tidak teratur) keluarnya (percakapan dll), tidak keruan, kacau-bilau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leler I | (lélér) leleh (benda-benda yg menjijikkan spt hingus dsb); tua ~ sangat tua; berleleran 1. meleleh selalu (benda-benda melekit spt hingus dsb), berlelehan; 2. ki tidak menentu (tidak teratur) keluarnya (percakapan dll), tidak keruan, kacau-bilau; meleler 1. mengalir perlahan-lahan (bendabenda yg melekit spt hingus, air liur, dsb), meleleh; 2. Kl menyapu ke merata tempat (kotoran dll); leleran sesuatu yg meleler. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leleh | (léléh); meleleh mengalir perlahan-lahan (spt air mata, darah, dsb): badanku panas dan peluh ~ di dahiku; ~lah air mata di pipinya yg telah mulai kendur; melelehkan membiarkan meleleh (spt air mata, air liur , dsb), mengalirkan: kami sendiri banyak menangis dan ~ air mata; lelehan sesuatu (benda) yg meleleh, cairan; berlelehan mengalir atau meleleh dgn berlebih-lebihan, meleleh selalu, senantiasa meleleh: ~ air liurnya; pelelehan 1. pengaliran perlahan-lahan; 2. lubang tempat meleleh; habis cupak dr ~ prb adat yg dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |