Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SUTERA

Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat

(bahan seperti benang) yang digunakan untuk

membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan

semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain.

Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut

sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan

daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat

sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah

dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi

sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain

secara ekonomi.

UMUM
DAMASK

Damask ialah sejenis gentian fabrik yang teguh,

berkilat, yang boleh ditenun daripada sebarang

serat. Bentuk jalinannya yang rata boleh dilihat

pada kedua-dua belah fabrik ini. Damask asalnya

ialah serat sutera asli yang dihasilkan di China.

Para pedagang memperkenalkan fabrik ini ke

Eropah melalui Damascus, Syria.

UMUM
KEMATU

Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan

berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit).

Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis

(lapisan kulit yang lebih dalam) dan

menyebabkannya menjadi nipis dan lembut.

Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya

kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada

sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang

tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu

mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada

badan apabila tekanan dan geseran mencederakan

kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara

jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan

sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh.

UMUM
ZINK

Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam

berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini

penting dalam industri. Zink boleh dijadikan

pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam

biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh

digalvani iaitu, disalut dengan zink untuk

mencegahnya daripada berkarat. Logam

bergalvani digunakan untuk membuat talang

bumbung, lapik tangki.

UMUM
KEKABU

Kekabu ialah serat bak kapas yang ringan, lembut

dan berkilat. Ia terdiri daripada terutamanya

selulos bahan tumbuhan. Kekabu datangnya

daripada lenggai biji kekabu. Pokok kekabu

tumbuh di Indonesia, Malaysia, Filipina, India, Sri

Lanka, bahagian tropika Amerika dan Afrika.

UMUM
ANJING LAUT

Anjing laut ialah mamalia laut yang kelihatan

licin berkilat dengan badannya berbentuk seperti

tornado. Anjing laut ialah perenang yang

terhandal dan menghabiskan banyak masa dalam

air.

UMUM
KROMIUM

Kromium elemen kimia, ialah logam kelabu,

yang berkilat dan agak lembut. Ia juga dikenali sebagai

krom dan simbol kimianya ialah Cr.

UMUM
KALKOSIT

Kalkosit ialah bijih penting bagi tembaga.

Formula kimianya ialah Cu2S. Kalkosit berwarna

kelabu plumbum berkilat yang bertukar menjadi

hitam apabila terdedah kepada udara.

UMUM
KOWRI

Kowri ialah sejenis siput laut yang cangkerangnya

berwarna-warni dan berkilat.

UMUM
PALADIUM

Paladium ialah unsur kimia dengan simbol Pd. Ia

ialah logam lembut, berkilat, berwarna putih

keperakan. Paladium adalah satu daripada enam

logam platinum, dan agak nadir (lihat Platinum).

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkilat

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.



Lihat selanjutnya...