Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Elok parang mata berkilat, Mata berkilat ia diasah; Elok orang kerana beradat, Kerana beradat ia bermaruah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak badak terlompat-lompat, Salah lompat jatuh terhempas; Awak botak kepala berkilat, Tambah berkilat disepuh panas..Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Berkilat papan seperti cermin, Bila dibilas belangnya kusam; Beratlah badan menjadi pemimpin, Bekerja keras siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Berkilat air di perigi, Nak mandi rasa tak jadi; Berlilat laka di gigi, Itulah pembawa rosak di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah seminal biji berkilat, Dibuat minyak rasa perisa; Sudah kuungkai tali pengikat, Adik menolak apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan tepi berkilat, Cicir di jalan siapa punya; Hajat hamba mengirim surat, Adakah tuan sudi membalasnya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkilat

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.



Lihat selanjutnya...