Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut

Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan.
 

berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut);

berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu;
Lain-lain23.07.2009
Jason berkerut dahi melihat belian isterinya. Betulkah susunan bahasa dalam ayat di atas?Ayat yang gramatis Jason berkerut dahi apabila melihat belian isterinya.Tatabahasa14.06.2012
Adakah konteks penggunaan 'mengernyitkan' dalam ayat berikut betul? "Bentakan itu mengernyitkan otot-otot kesedarannya."Perkataan kernyit membawa maksud berkerut dahi atau alis (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 764). Dalam konteks ayat contoh yang puan berikan itu, iaitu perkataan mengernyitkan, seharusnya ia bermaksud mengerutkan dahi atau alis tetapi apabila ia dikatakan "Bentakan itu mengernyitkan otot-otot kesedarannya", penggunaan perkataan itu sudah tidak menepati makna asalnya. Dalam ayat tersebut, perkataan mengejutkan mungkin lebih sesuai digunakan.Lain-lain03.08.2012
Selamat petang, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya. Adakah perkataan kecut adalah sinonim yang sesuai untuk perkataan "kuncup"? Harap pihak DBP boleh menjawab pertanyaan saya. Terima kasih.

Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan kecut bersinonim dengan 1. Takut, gentar, gerun, gementar, tidak berani 2. (kulit) lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut. Kuncup pula bersinonim dengan kuntum, kudup dan kudu. Oleh itu, kedua-duanya berbeza.

Makna09.09.2020
1
Tesaurus
 
kerut (adjektif)
Bersinonim dengan kedut, ikal, keriting, lipat-lipatan, gelembur;,
Kata Terbitan : berkerut, kerutan, mengerutkan,