Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Di tepi lori itu banyak kanak-kanak berkerumun. (MUnsyi, saya berasa ayat ini benar kerana merupakan ayat songsang. tetapi jawaban adalah salah, apakah pendapat munsyi? TK | Pendapat saudara benar dan ayat itu merupakan ayat songsang. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Yang paling tepat bagi ayat di bawah 1Orang ramai________di perhentian bas untuk pulang ke kampung. A.BERASAK-ASAK B.BEPUSU-PUSU C.BERDUYUN DUYUN | Ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi kata kerja dalam ayat tersebut. Berpusu-pusu sama maksudnya dengan berduyun-duyun, iaitu berkerumun atau bergerak beramai-ramai. Berasak-asak bermaksud berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan. Jika perkataan berpusu-pusu dan berduyun-duyun setara maknanya, maka pilihan jawapan yang tepat untuk ayat tersebut ialah berasak-asak. | Tatabahasa | 03.03.2014 |
|
|