Kata |
Takrif |
Sumber |
berkepung | berdiri atau duduk mengelilingi sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkepung | (duduk dll) membentuk bulatan (lingkungan) atau mengelilingi sesuatu (duduk dll) dlm satu bulatan atau lingkungan: beramai-ramai duduk ~ di pantai sambil makan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepung | ; berkepung berdiri atau duduk mengelilingi sesuatu. mengepung mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari: Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. terkepung sudah dikelilingi (oleh pihak lawan atau musuh). kepungan lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. pengepungan perbuatan atau hal mengepung: ~ itu berlaku selama tiga hari, kemudian barulah pihak musuh menyerah diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepung | berkepung berdiri atau duduk mengelilingi sesuatu. mengepung mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari:Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. terkepung sudah dikelilingi (oleh pihak lawan atau musuh). kepungan lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. pengepungan perbuatan atau hal mengepung: ~ itu berlaku selama tiga hari, kemudian barulah pihak musuh menyerah diri. | Kamus Pelajar |
kepung I | ; berkepung (duduk dll) membentuk bulatan (lingkungan) atau mengelilingi sesuatu (duduk dll) dlm satu bulatan atau lingkungan: beramai-ramai duduk ~ di pantai sambil makan; mengepung mengelilingi (orang dll) supaya terkurung atau terperangkap (tidak dapat lepas lari), melingkungi (orang, binatang, tempat persembunyian, dll): mereka sedang ~ seekor harimau buas; maka dikepunglah oleh Bugis kubu Terampak itu dilingkunginya; terkepung sudah dikelilingi atau dilingkungi (sehingga terperangkap atau tidak dapat melepaskan diri): maka ~lah Raja Kecil itu hampir tewas; kepungan lingkungan atau barisan berkeliling yg dibentuk (dibuat) oleh orang-orang (pasukan dsb) yg mengepung: mereka mengatur rancangan utk menembusi ~ Jerman terhadap kepulangan Inggeris; pengepungan perbuatan (kegiatan dsb) utk mengepung (orang, binatang, dll, supaya tidak dapat melepaskan diri): segera diadakan ~ di seluruh kampung utk menangkap pencuri itu; pengepung orang yg mengepung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman safari | kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepungan | lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepungan | lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung:Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. | Kamus Pelajar |
safari | ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman ~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |