Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
BERJAYABERJAYA,  parti politik.  BERJAYA ialah singkatan bagi Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah.  BERJAYA ditubuhkan pada 15 Julai 1975 oleh bekas pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
NOLAN, SIR SIDNEY

Nolan, Sir Sidney (19171992), pelukis

terkemuka Australia, yang terkenal dengan siri

lukisan pengawal hutan, Ned Kelly. Nolan

memulakan lukisan tentang Kelly pada tahun

1940-an. Pelukis yang terdahulu mencuba tema ini,

namun tiada satu pun yang berjaya. Nolan berjaya

dengan cara yang sungguh menarik dan

menakjubkan.

UMUM
MENELAUS

Menelaus, raja Sparta, ialah suami kepada Helen

of Troy. Paris, putera Trojan, berjaya meyakinkan

Helen untuk melarikan diri bersamanya ke Troy.

Menelaus bersama saudara lelakinya,

Agamemnon, mengumpulkan askar dan

menyerang Troy. Selepas 10 tahun, mereka

menawan bandar tersebut dan Menelaus berjaya

menemui semula Helen. Mereka berdua

mengembara selama lapan tahun dan akhirnya

sampai di Sparta. Lihat juga Helen of Troy.

UMUM
MOSHOESHOE

Moshoeshoe (1786?1870) ialah raja Afrika yang

berjaya menyatukan orang Sotho di selatan Afrika.

Baginda mengumpulkan lebih daripada 150 000

orang daripada pelbagai puak yang berlainan,

dan menyatupadukan mereka. Baginda

menubuhkan kerajaan di pergunungan yang

dikenali Republik Lesotho.

UMUM
PILLAY, NARIANA

Pillay, Nariana ( ? ? ) ialah ahli perniagaan

India yang pertama berjaya di Singapura. Dia lahir

dalam keluarga Hindu di Pulau Pinang. Dia

bertugas sebagai kerani dan tiba di Singapura

pada bulan Jun 1819, bersama-sama Sir Stamford

Raffles, pengasas Singapura moden.

UMUM
MÖRIKE, EDUARD

Mörike, Eduard (18041875) ialah penyair lirik

Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang

menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya

Mörike banyak yang membayangkan

suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi

puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai

sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah

lampu usang dalam rumah musim panas, atau

sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di

satu sudut.

UMUM
PIGGOT, LESTER

Piggot, Lester (1935 ), salah seorang joki

British yang paling berjaya. Dia terkenal dengan

keupayaannya menghabiskan perlumbaan dalam

masa yang tepat. Dia merupakan juara joki pada

tahun 1960 dan setiap tahun bermula dari

tahun 1964 hingga tahun 1971.

UMUM
KELUARGA SIDEK

Keluarga Sidek ialah ahli Keluarga Dato Sidek

yang berjaya dalam arena badminton. Anak-anak

Dato Sidek terdiri daripada Misbun, Razif, Jalani,

Rahman, Rashid, dan Zamaliah.

UMUM
ARCHER, FRED

Archer, Fred (18571886) ialah salah seorang

daripada joki yang amat berjaya di United

Kingdom. Dia memenangi 2748 perlumbaan.

Kemuncak kejayaannya ialah pada tahun 1885,

apabila dia memenangi perlumbaan Guinea, Oak,

Derby, St. Leger dan Grand Prix de Paris.

UMUM
STEWART, JACKIE

Stewart, Jackie (1939 ), salah seorang

pemandu kereta lumba Britain yang paling berjaya.

Sebelum bersara pada tahun 1973, dia telah

memenangi 27 perlumbaan kejohanan Grand Prix

Dunia dan memenangi gelaran Juara Pemandu

Sedunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1969,

tahun 1971, dan tahun 1973. Dia menjadi naib juara

pada tahun 1968 dan tahun 1972.

UMUM
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,

Puisi
 

Berapa tinggi Bukit Malingan,
     Sama bertimbang Bukit Berjaya;
Kalau sudah musimnya hujan,
     Tidak keras bukit di paya.



Lihat selanjutnya...