Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
OASIS

Oasis ialah kawasan subur yang mempunyai

tumbuh-tumbuhan di gurun, tempat air bawah

tanah berada sangat hampir dengan permukaan

tanah bagi mewujudkan telaga dan mata air. Air

yang terdapat di oasis asalnya turun sebagai hujan

atau salji di gunung atau bukit yang berjauhan.

Selepas meresap ke dalam tanah, air ini secara

perlahan-lahan meresapi batu-batan yang terdapat

di bawah tanah, lalu mengalir ke kawasan rendah

di gurun. Ia kemudian timbul semula di permukaan

bagi membentuk mata air atau cukup cetek untuk

memenuhi telaga. Kawasan yang mempunyai

tumbuh-tumbuhan di sepanjang anak sungai yang

sentiasa mengalir di gurun, juga dipanggil oasis.

UMUM
ARABES

Arabes ialah satu seni menyambung dan

mencorakkan unsur-unsur hiasan Arab yang

mempunyai keistimewaan seni Arab Islam. Ia juga

dikenali sebagai seni hiasan Arab. Bidang seni ini

diterokai di dalam satu gerakan menggunakan

tumbuhan dan daun-daunnya untuk membentuk

pada kreativiti seniman semasa mengolah dan

menggunakan garisan-garisan yang bersambung,

bersentuhan dan berjauhan. Gabungan khayalan

dan perasaan seniman dengan menyeragamkan

pembinaan dalam pembentukan hiasan pembinaan

seperti segi empat, segilapan yang telah tersusun

dan bintang-bintang yang memiliki banyak kepala

seperti bintang yang mempunyai 10 dan 16 kepala.

UMUM
SUKU

Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara

melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku

merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan

melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal

(pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli

sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat

antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai

semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka

mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi

harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku

dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin

di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem

(haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika

mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau

suku Tobacco.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjauhan