Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Peribahasa ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan.Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.Ejaan14.12.2017
Tuan, adakah ayat ini betul? Ayat: Narut terbayang gadis dalam kostum opera Cina yang berwarna merah. Adakah "dalam" digunakan dengan betul dalam ayat ini? Pada pengetahuan saya, "dalam" sebagai kata sendi nama bermaksud lingkungan yang tidak berjarak atau tidak beruang. Tetapi, "baju" ada ruang dan merupakan benda konkrit. Jadi, adakah kata "dalam" tidak patut digunakan dalam ayat ini? Adakah "dalam" perlu diganti dengan "di dalam"?Betul, kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015
Merujuk kepada jawapan tuan 'Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah'. Pada pemahaman saya, perkataan jarang sama erti dengan jarang-jarang dan bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang. contoh yang diberikan oleh pihak DBP: baju kaus - baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya. Jadi jawapan no.2 sepatutnya diterima. Bagaimana pendapat tuan? sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, membawa beberapa maksud, iaitu: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain seperti gigi jarang dan kain yang jarang; 2. tidak lebat, tidak padat seperti rambut yang jarang; dan 3. jarang = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim seperti jarang berlaku dan jarang terdapat. Berdasarkan huraian tersebut, perkataan jarang tidak selalu sama maknanya dengan jarang-jarang kecuali dalam makna ketiga. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah baju daripada kain yang jarang tenunannya.Tatabahasa20.10.2012
1
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,