Kata |
Takrif |
Sumber |
berjarak | 1. mempunyai jarak, berjauh, berenggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjaraki | 1. membuat berjarak; 2. menjauhi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
trigon | (Mat) kedudukan atau keadaan dua planet yg berjarak 120° di antara kedua-duanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merentangkan | 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali, pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merentangkan | 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali dll pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. | Kamus Pelajar |
grid | 1. Permukaan yang dirintangi silangan garis mendatar dan mengufuk yang sekata. 2. Jadual hamparan elektronik yang terdiri daripada lajur dan baris. 3. Garis paksi-X dan paksi-Y yang berjarak sekata pada carta atau graf untuk membantu pemplotan titik data. 4. Garis yang menyusur keluar dari pusat carta pai. | Kamus Komputer |
grid | (Komp) 1. permukaan yg dirintangi silangan garis mendatar dan mengufuk yg sekata; 2. jadual hamparan elektronik yg terdiri drpd lajur dan baris; 3. garis paksi-x dan paksi-y yg berjarak sekata pd carta atau graf utk membantu pemplotan titik data. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpisah | 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pisah I | cerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit; berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; berpisah-pisah berasing-asing, bercerai-cerai, berdiri sendiri-sendiri; memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman; memisahkan 1. meleraikan (orang yg bergaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecahkan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, bersama dll), terasing, tercerai, terpencil, tersendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai; keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan; perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyatakan selamat berpisah; pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarak I | jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di landasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg membolehkan seseorang yg normal pelihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur perbezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, berenggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-cahaya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. menjauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, penjauhan, pemisahan, perenggangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
space | ~ out, approp v + berjarak-jarak: the mountaineering students were told to ~ out as they climbed the hill, pelajar pendakian gunung diberitahu supaya mendaki berjarak-jarak apabila memanjat bukit itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
space | the soldiers ~d out as they crossed the enemy line, askar-askar itu berjalan berjarak-jarak apabila menyeberangi kawasan musuh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
distal cause | penyebab jarak | penyebab berjarak | penyebab berjarak | Kejuruteraan |
distal cause | penyebab jarak | penyebab berjarak | penyebab berjarak | Kejuruteraan |
long-distance dispersal | pencaran berjarak jauh | sebaran jarak jauh | sebaran jauh | Pertanian |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
distributed learning | pembelajaran berjarak | Pendidikan | Tiada | Tiada |
distributed practice | latihan berjarak | Pendidikan | Tiada | Tiada |
distributed practice | latihan berjarak | Psikologi | Tiada | Tiada |
Emergency Remote Teaching (ERT) | Pengajaran Berjarak Kecemasan | Pendidikan | Tiada | Kaedah pengajaran di dalam kelas yang dipindahkan ke medium dalam talian dengan mengalihkan modul pembelajaran secara fizikal untuk beradaptasi secara maya. Kaedah ini dilaksanakan dalam tempoh masa yang suntuk disebabkan berlakunya kecemasan seperti penularan wabak, peperangan dan sebagainya yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran. |
aspheric lens | kanta asfera | Kejuruteraan | Tiada | Kanta berjarak fokus lebih pendek daripada kanta sfera serta mempunyai garis pusat dan aberasi sfera yang sama. |
repulsive potential | keupayaan tolakan | Kejuruteraan | Tiada | Daya tolakan berjarak dekat antara dua atom disebabkan pertindihan awan elektron daripada atom-atom berkenaan terutama elektron-elektron pada petala-petala tertutup. |
message circuit | litar utusan | Kejuruteraan | Tiada | Litar telefon yang berjarak jauh, digunakan untuk menghasilkan jarak jauh atau khidmat tol kepada awam, berlawanan dengan litar yang digunakan untuk khidmat talian persendirian. |
vaulting horse | kekuda pelana | Sukan | Tiada | Alat yang mempunyai dua pegangan berjarak 0.4 hingga 0.44m, ketinggian dari tapak ialah 1.22 m, panjang pelana ialah 1 m, dan digunakan pada sukan gimnastik. |
objective grating | parutan kanta objek | Fizik | Optik | Siri dawai selari yang berjarak sama yang diletakkan pada kanta objek teleskop. |
close matter | taip rapat | Perpustakaan | Tiada | Baris set taip tanpa selang luas atau berjarak. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berjarak | [ber.ja.ra/] | برجارق |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
garis nombor | number line | Garis yang mempunyai penanda yang berjarak sekata. Penanda tersebut mewakili nombor yang disusun secara tertib. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
garis nombor | number line | Garis lurus yang setiap titik di atasnya berjarak sama dan mewakili satu nombor mengikut tertib. Lihat Contoh | Menengah Atas |
carta palang | bar chart | Perwakilan data statistik yang menggunakan bentuk jalur yang sama lebar dan berjarak sama antara satu sama lain secara menegak atau mendatar. Lihat rajah | Menengah Atas |
|
|