Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERKHIDMATAN BERITA

Perkhidmatan berita ialah organisasi yang

mengumpulkan dan mengedarkan berita.

Kebanyakan akhbar dan stesen radio serta

televisyen bergantung pada perkhidmatan berita

untuk mendapat berita dalam negara dan

antarabangsa. Beberapa buah akhbar dan stesen

menghantar wartawannya sendiri untuk

memperoleh berita dalam negara dan luar negara.

Perkhidmatan berita berkembang dari organisasi

yang diwujudkan di Eropah pada tahun 1820-an dan

tahun 1830-an untuk membekalkan berita ekonomi

kepada klien persendirian. Perkhidmatan berita

pada suatu masa dahulu dikenali sebagai

perkhidmatan wayar kerana wartawan menghantar

laporan mereka melalui wayar ke alat percetakan

yang disebut sebagai telemesin taip.

UMUM
ASSOCIATED PRESS (AP)

Associated Press (AP) ialah salah satu

perkhidmatan pengumpulan berita yang terbesar

di dunia dan salah satu daripada dua

perkhidmatan berita umum di Amerika Syarikat.

Yang satu lagi ialah United Press International

(UPI). AP mengedarkan berita-berita

antarabangsa, wilayah dan tempatan kepada

media di seluruh dunia.

UMUM
BERITA MINGGU

BERITA MINGGU, akhbar  mingguan berbahasa Melayu  yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (Msia) Bhd., Kuala Lumpur.  Akhbar ini adalah sebahagian daripada akhbar  Berita Harian  dan  diterbitkan pada hari Ahad sahaja. Keluaran pertamanya ialah pada 10 Julai 1960, mengandungi lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah.  Akhbar ini  menggunakan tulisan Rumi. Dalam keluarannya yang terawal, akhbar ini memuatkan berbagai-bagai berita termasuklah iklan, rencana umum, sastera, filem, sukan dan berita semasa.

SASTERAKitab
REUTER, BARON DE

Reuter, Baron de (18161899) ialah pengasas

Reuters, iaitu sebuah agensi yang menyediakan

khidmat berita yang terkemuka di dunia. Reuters

merupakan satu daripada syarikat khidmat berita

yang pertama yang menyiarkan berita kewangan,

politik dan berita umum kepada akhbar Eropah.

UMUM
TASS

TASS ialah agensi berita yang penting di Kesatuan

Soviet dari tahun 1925 hingga negara itu berpecah

pada tahun 1991. TASS adalah salah satu daripada

perkhidmatan berita yang terbesar di dunia. Agensi

yang beribu pejabat di Moscow ini mengumpul dan

menyebarkan berita di seluruh Rusia dan dunia.

TASS ialah singkatan bahasa Rusia untuk Agensi

Telegraf Kesatuan Soviet. Agensi ini mempunyai

beribu-ribu orang wartawan, editor dan jurufoto di

lebih daripada 100 buah negara. Ia menyediakan

laporan dalam enam bahasa Arab, Inggeris,

Perancis, Jerman, Rusia dan Sepanyol. Negara-negara

lain bergantung kepada TASS untuk berita dari

Kesatuan Soviet, walaupun kerajaan mengawal ketat

liputannya.

UMUM
BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)

Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah agensi yang berperanan sebagai sumber berita yang terkini dan boleh dipercayai.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
BERITA HARIAN

BERITA HARIAN,  akhbar harian berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (Msia) Bhd., Kuala Lumpur.  Akhbar ini mula diterbitkan di Singapura oleh Straits Times pada hari Isnin 1 Jun 1957, tetapi sejak 24 Julai 1957 akhbar ini diterbitkan di Kuala Lumpur.  Pengarangnya yang pertama ialah A. Samad Ismail.  Akbhar ini pada mulanya mengandungi lapan halaman dan dipasarkan dengan harga 15 sen.

SASTERAKitab
BERITA MALAIBERITA MALAI,  akhbar harian bertulisan Rumi yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.  Akhbar ini ditertibkan di Singapura (Syonan-To) pada 1 Januari 1943 oleh Malal Shimbun Sha (Syarikat Persuratkhabaran Melayu).  Penerbitannya adalah sebagai satu usaha untuk menyatukan beberapa buah akhbar yang masih erbit pada masa itu, seperti Utusan Melayu  dan Warta Malaya supaya menjadi sebuah akhbar yang diletakkan di bawah pengawasan pihak Jepun.  SASTERAKitab
PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 9 September 1939.  Ia ditubuhkan ekoran daripada berita-berita akhbar yang mengalu-alukan penubuhan persatuan-persatuan negeri Melayu yang lain seperti Perak, Selangor dan Pahang sebagai satu usaha menyatukan dan membela nasib orang Melayu di negeri masing-masing.  Persatuan ini ditubuhkan setelah mendapat penerangan yang jelas daripada Tengku Ismail Hussin, Presiden Persatuan Melayu Selangor, yang berceramah pada 1 September 1938 di Kuala Pilah, Negeri Sembolan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
REUTERS

Reuters ialah salah satu daripada agensi

pengumpulan berita yang terbesar di dunia. Ia

memberi khidmat kepada lebih daripada 150 buah

negara dan mempunyai biro dalam kira-kira 100

buah negara. Reuters juga menyediakan maklumat

kewangan kepada bank, broker dan syarikatsyarikat

korporat. Kepentingan mengawal dalam

perkhidmatan berita ini dipegang oleh akhbar dari

beberapa buah negara, termasuk Great Britain,

Ireland, Australia dan New Zealand.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berita

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.



Lihat selanjutnya...