Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
liputan berita atau liputan dan berita??Liputan berita ialah padanan news coverage dalam bahasa Melayu, jika merujuk perkara yang tersebut maka liputan berita ialah istilah yang betul.Tatabahasa10.04.2014
I Jawatan pengurus yang disandang oleh Encik Kamal dalam syarikat itu sekadar panas kerusi sahaja kerana dia tidak berusaha untuk memajukannya. II Bayi itu menangis semalam-malaman kerana menghidap deman panas. III Dalam usaha melariskan jualannya, pihak akhar akan menyiarkan berita-berita panas pada muka hadapan. IV Sikap panas baran perlu dielakkan oleh setiap orang bagi mengelakkan pertelingkahan. Soalan saya ialah mengapakah perkataan panas tidak tepat dalam ayat I? Jika salah, apakah kesalahannya? terima kasihDalam ayat I, penggunaan kata panas tidak betul atau tidak gramatis kerana kata tersebut seharusnya menerima imbuhan meN menjadi memanaskan kerusi bukan panas kerusi. Tatabahasa14.06.2008
brehing newscadangan - berita tergempar/ berita mutakhirIstilah15.11.2008
apakah definisi wawancara,wawancara berita dan wawancara rencana?apakah format wawancara berita dan wawancara rencana? apakah perbezaan di antara wawancara berita dan wawancara rencana?Wawancara ialah temu bual antara wartawan dengan orang yang terkenal berkenaan sesuatu perkara. Wawancara berita atau rencana bermaksud baha yang disiarkan adalan dalam bentuk temu bual antara wartawan dengan seseorang tokoh. Beza antara wawancara berita dengan wawancara rencana ialah dalam berita disiarkan secara langsung atau tertunda melalui media elektronik, manakala dalam wawancara rencana disiarkan dalam media cetak. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku-buk bidang kewartawanan.Makna25.02.2007
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini?Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. Tatabahasa10.04.2012
(1)Berita tentang kejayaan Hafiz tersiar di / dalam halaman depan akhbar Berita Harian. Tuan, dalam ayat di atas, kata sendi nama "di" atau "dalam" lebih sesuai digunakan? Saya berfahaman bahawa kata sendi nama "dalam" lebih tepat kerana frasa "halaman depan akhbar Berita Harian" ialah suatu ruang yang abstrak, jadi untuk menyatakan kedudukan sesuatu benda berada di dalam ruang yang abstrak, kata sendi nama "dalam" digunakan. Apakah fahaman tuan?Berita tentang kejayaan Hafiz tersiar pada halaman depan akhbar Berita Harian.

Tatabahasa27.12.2014
Saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimana cara membacabaca berita yang baik.Cara membaca berita yang baik ialah pembaca berita perlu menggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, sebutan dan jeda yang betul.Lain-lain14.07.2010
pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian.Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai.Tatabahasa28.06.2018
Encik, Antara ayat "Kesahihan berita tersebut diragui" atau "Kesahihan berita tersebut meragukan" yang manakah betul? Sila berikan sebab. Terima kasih.Melihat kepada makna kata meragui dan meragukan, frasa yang betul ialah "Kesahihan berita tersebut diragui".Tatabahasa09.05.2017
Salam Tlg sahkan ayat ini mana satu yang betul: 1. Berita itu disampaikan petang tadi. 2. Berita itu telah disampaikan petang tadi. Terima kasih.Ayat yang betul ialah  Berita itu telah disampaikan pada petang tadi. Tatabahasa23.08.2021
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berita

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.



Lihat selanjutnya...