Kata |
Takrif |
Sumber |
berdisiplin | menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdisiplin | patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan sesuatu usaha yg dilakukan bergantung pd kumpulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdisiplin | menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. | Kamus Pelajar |
disipliner | (disiplinér) IB berdisiplin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendisiplinkan | melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendisiplinkan | melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu. | Kamus Pelajar |
keredaan | kerelaan: terhasil sebuah masyarakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berharmoni | ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
disiplin | 1 peraturan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: Sekolah itu mempunyai ~ yg patut dipuji. 2 kepatuhan atau ketaatan pd tatatertib dan peraturan: Murid-murid itu menunjukkan ~ yg cukup baik. berdisiplin menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. mendisiplinkan melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berharmoni | ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
undisciplined | adj unruly, tdk berdisiplin: children who are ~, budak-budak yg tdk berdisiplin; ~ behaviour, kelakuan yg tdk berdisiplin. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
regiment | vt (derog), (usu pass.) didisiplinkan secara ketat; (attrib) berdisiplin ketat: the undergraduates were ~ed into groups for fieldwork, siswazah-siswazah itu telah didisiplinkan secara ketat ke dlm kumpulan utk kerja lapangan; a ~ed workforce, tenaga kerja berdisiplin ketat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
indiscipline | n tdk berdisiplin. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
order | 9. state in which laws and rules of behaviour are obeyed, ketenteraman; (in classroom etc) berdisiplin: a special task force was formed to keep ~ in the city, satu pasukan petugas khas telah dibentuk utk menjaga ketenteraman di bandar itu; the teacher found it difficult to keep ~ in the classroom, guru itu mendapati sukar utk memastikan murid dlm kelasnya berdisiplin; restore ~, memulihkan keadaan: the police were called to restore ~, pihak polis dipanggil utk memulihkan keadaan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pick 1 | g. reprimand so., menegur sso: I always ~ him up if he uses that word, saya selalu menegurnya jika dia menggunakan perkataan itu; the teacher ~ed up a few of the students for indiscipline, guru itu menegur beberapa orang pelajar krn tdk berdisiplin; h. revive so., menyegarkan sso: a cold drink will ~ you up, minuman sejuk akan menyegarkan kamu; ~ st up, a. lift and raise st, i. (st small), /memungut, mengambil, mengutip/ sst: he ~ed up a few stones and threw them at the dog, dia mengutip beberapa ketul batu lalu membaling anjing itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
report | 2. notify the proper authorities of, melaporkan: he ~ed the accident to the police, dia melaporkan kemalangan itu kpd pihak polis; all AIDS cases must be ~ed to the Health Authorities, semua kes AIDS mesti dilaporkan kpd Pihak Berkuasa Kesihatan; 3. lodge a complaint against (so.), mengadukan: I was ~ed to the headmaster for indiscipline, saya diadukan kpd guru besar krn tdk berdisiplin; I shall ~ your rudeness to the Manager, saya akan mengadukan kebiadaban kamu kpd Pengurus; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
indisciplinary | tak berdisiplin | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
austere | cekin | Sejarah | Tiada | Sifat yang keras, berdisiplin dan serius dalam sebarang tindakan. |
constructive discpline | disiplin membina | Pentadbiran | Tiada | Kelakuan pekerja yang berdisiplin dimaklumkan kepada pekerja lain untuk dijadikan contoh. |
authoritarian classroom | bilik darjah autoritarian | Pendidikan | Tiada | Keadaan bilik darjah yang bersifat formal, terancang, tersusun dan berdisiplin serta pembelajarannya berorentasikan guru. |
corporatization | pengkorporatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau proses pewujudan perbadanan atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dan ciri-ciri perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan. Pengkorporatan mempunyai matlamat yang berpaksikan kepada kecekapan, keberkesanan, kecemerlangan dan produktiviti yang tinggi. Selain itu, pengkorporatan juga memberikan penekanan kepada budaya yang berorientasikan pelanggan, pengurusan yang cekap, berdedikasi, berdisiplin, rajin, profesionalisme, inovatif, berdaya saing, agresif, semangat keusahawanan serta sikap dan nilai-nilai positif untuk maju ke hadapan. Sebagai contoh, pengkorporatan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan usaha pihak pemerintah untuk mewujudkan universiti yang maju, mapan dan bertaraf antarabangsa bagi melahirkan graduan yang berdaya saing. |
conscientiousness | kehematan | Pengurusan | Perancangan | Suatu ciri personaliti yang menunjukkan seseorang yang sering menjalankan tugas dengan teliti dan bertanggungjawab kepada orang lain dan organisasi. Kehematan merupakan salah satu daripada Lima Sifat Utama Personaliti (Big Five Personality Traits) oleh Lewis R. Golberg (1981). Contoh personaliti yang mempunyai ciri kehematan yang tinggi ialah orang yang bertanggungjawab, boleh diharapkan, berdisiplin dan berorientasikan pencapaian. |
public accountability | akauntabiliti awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa. |
civil service regulation | peraturan perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Undang-undang, kawalan dan kaedah pengurusan secara langsung ke atas kakitangan awam. Peraturan ini menjadi panduan asas yang wajib dipatuhi oleh semua kakitangan awam. Peraturan ini juga diwujudkan bagi memastikan perkhidmatan awam mencapai satu tahap kredibiliti yang tinggi, mempunyai imej yang bersih, bertanggungjawab, professional, adil dan saksama, telus, amanah, jujur, berdisiplin dan berintegriti. Perkhidmatan awam yang cemerlang berupaya mendukung pembangunan negara dan meningkatkan kualiti penghidupan masyarakat. Contoh peraturan perkhidmatan awam ialah Perintah-Perintah Am (Bab A hingga Bab G) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam. |
leadership style | gaya kepemimpinan | Pentadbiran | Tiada | Cara memimpin yang dimiliki oleh ketua dalam sesebuah organisasi. Gaya kepemimpinan ini boleh diklasifikasikan kepada dua pendekatan utama, iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan pekerja. Cara ini mempengaruhi amalan dan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin dan anggota organisasi dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Antara gaya yang digunakan boleh bersifat tegas, berdisiplin, emosional, bermotivasi dan bertolak ansur. Dalam kajian pentadbiran, terdapat pelbagai tipologi gaya kepimpinan seperti kepimpinan transaksional yang mengutamakan pulangan, kepimpinan transformasional yang memiliki misi dan visi serta mampu membuat perubahan, dan kepimpinan karismatik, iaitu gaya yang mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu perubahan. Gaya kepemimpinan sebegini mempengaruhi pengurusan organisasi, pembuatan keputusan, perubahan terancang dan kaedah pembangunan. Gaya kepemimpinan juga dapat melambangkan sifat keterbukaan atau penguasaan pemimpin terhadap organisasinya. |
sixteen personality factor (16 PF)) | personaliti enam belas faktor (16 PF) | Psikologi | Psikologi Umum | Ujian untuk mengukur tahap 16 trait dalam personaliti individu. Ujian ini telah dikenal pasti oleh Cattel (1965). Hasil ujian yang diperoleh boleh digunakan untuk membina profil personaliti individu atau kelompok individu berdasarkan beberapa kesamaan seperti pekerjaan dan etnik. Profil trait yang diperoleh akan menggambarkan personaliti individu berkenaan dan boleh dibandingkan dengan profil personaliti individu yang lain. Enam belas trait yang disenaraikan oleh Cattell ialah bersendiri, berfikiran konkrit, kerapuhan emosi, kepatuhan, keseriusan, ketelitian, malu, kekentalan, kebolehpercayaan, praktikal, terus terang, keyakinan diri, konservatif, sikap bergantung pada orang lain, tidak berdisiplin dan santai. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berdisiplin | [ber.di.si.plin] | بردسيڤلين |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdisiplin |
|
|