Kata |
Takrif |
Sumber |
rerak | = bererakan rosak bercerai-cerai, berantakan, terserak-serak; mererak menjadikan bercerai-cerai kerana mengambil bahagian-bahagiannya dll; ~ rengkah rosak dan pecah-pecah; ® lerak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urai | 1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercerai-cerai | berpecah-pecah, berpisah-pisah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpecah-pecah | bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bubar | 1 bercerai-cerai ke berbagai-bagai arah (ttg orang yg berkumpul dsb); berserak ke mana-mana: Selepas pertunjukan itu ditamatkan, penonton-penonton pun ~. 2 selesai (ttg mesyuarat, waktu sekolah dsb); tamat; habis: Dlm bulan puasa ini, sekolah-sekolah ~ lebih awal. 3 tamat (perjalanan sesebuah syarikat, pertubuhan dsb); dihentikan; dimansuhkan: Apabila badan itu ~, semua hartanya didermakan kpd rumah anak-anak yatim. membubarkan 1 menjadikan bubar; menyuruh bubar; mencerai-beraikan; menyuraikan: Pihak polis telah ~ orang-orang yg berpiket di hadapan pejabat pegawai daerah. 2 menghentikan atau menamatkan (sesuatu persidangan, mesyuarat dsb): Antara tugas baginda termasuklah memanggil dan ~ Parlimen. 3 menutup atau meniadakan (syarikat dsb); memansuhkan: Pihak kerajaan telah ~ semua parti politik yg berhaluan kiri. pembubaran perbuatan atau hal membubarkan. ~ Parlimen perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mererak | menjadikan bercerai-cerai kerana mengambil bahagian-bahagiannya dll; ~ rengkah rosak dan pecah-pecah; ® lerak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enca-benca | bercerai-cerai, bersepah-sepah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enca | ; ~-benca bercerai-cerai, bersepah-sepah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berberaian | berceraian, bercerai-cerai: laungan itu bergema dan ~ pecahannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpecah-pecah | bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
desertion | n 1. act of deserting, a. (gen) meninggalkan: after the ~ of the island by the colonial masters..., selepas penjajah-penjajah meninggalkan pulau itu...; b. (mil) pembolosan; 2. (leg.), [various translations]: she accused her husband of ~, wanita itu menuduh suaminya meninggalkannya; ~ is a ground for divorce, perbuatan meninggalkan langsung isteri (dan anak-anak) ialah alasan utk bercerai; she sued for divorce on the grounds of ~, dia membuat saman cerai atas alasan ditinggalkan suaminya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
rusek | rosak; 1 tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai, tidak tersusun, pecah-pecah dll: idak lebok ~ pipek pangai banyak rumah rosak dipukul ribut; 2 ki bercalar-calar, luka-luka, kemik (tin dll); 3 ki buruk, busuk, (buah-buahan, daging, dl | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bercerai-cerai | [ber.ce.rai.ce.rai] | برچراي - چراي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerai-cerai |
|
Puisi |
---|
|
Serai Acheh bertambak tidak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Cerai setahun balik juga.
Lihat selanjutnya... |
|