Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; ujian ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SEMENANJUNG

Semenanjung ialah kawasan daratan yang

hampir dikelilingi oleh air. Beberapa

semenanjung, seperti India, bercantum dengan

tanah besar oleh tapak yang luas. Ada juga yang

dihubungkan oleh jalur tanah yang sempit, yang

dikenali sebagai genting (lihat Segenting ). Arab

Saudi adalah semenanjung yang paling besar di

dunia meliputi keluasan kira-kira 2 600 000

kilometer persegi.

UMUM
ANKYLOSAURUS

Ankylosaurus ialah dinosaur berkulit keras

yang amat besar yang hidup antara 68 juta tahun

dengan 65 juta tahun dahulu, di barat Amerika

Utara kini. Nama ankylosaurus , bermakna cicak

bercantum , dan menggambarkan kulit kerasnya,

yang terdiri daripada kepingan bertulang yang

bercantum atau tumbuh bersama. Kulit keras ini

melindungi semua bahagian tubuhnya yang

terdedah, termasuk kepala, belakang dan ekor.

UMUM
PINGGUL

Pinggul ialah bahagian badan di antara badan

dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang

pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang

bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan

pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur

dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada

tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi

bebola dan rongga yang memberikan kekuatan

dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam

semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi

sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar,

bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan

rektus femoris yang panjang bak pengikat di

depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya

seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan

kaki untuk berjalan dan berlari.

UMUM
SARDINIA, KERAJAAN

Sardinia, Kerajaan , menjadi kesatuan Itali

Bersatu. Kerajaan ini diasaskan pada tahun 1720

apabila Duchy of Savoy, sebuah wilayah di barat laut

Itali bercantum dengan pulau Sardinia. Kerajaan ini

meliputi kawasan Piedmont, iaitu pusat petempatan

Duchy of Savoy. Kerajaan ini juga dikenali sebagai

Piedmont-Sardinia atau ringkasnya, Piedmont. Victor

Amadeus II dari Savoy menjadi pemerintah pertama

bagi kerajaan Sardinia.

UMUM
KELIANGAN

Keliangan ialah kewujudan banyak lubang atau

ruang kecil dalam sesuatu bahan. Dalam

sesetengah bahan berliang, seperti arang, barang

tembikar dan span, lubangnya bercantum. Gas dan

cecair boleh melalui lubang ini. Dalam bahan

berliang yang lain, ruang kecil di dalamnya

terpisah dari satu dengan yang lain oleh bahan

pejal. Batu bata dan jenis getah busa tertentu

adalah contoh bahan berliang jenis ini. Bahan ini

biasanya berupaya menyerap cecair dan gas.

UMUM
SUNGAI MACQUIRE

Sungai Macquire mengalir sejauh 944 kilometer

melalui New South Wales, Australia. Sungai ini

bermula dari lereng sebelah barat Banjaran Pemisah

Besar Oberon. Sungai ini mengalir ke arah barat laut

melalui bandar Bathurst, Wellington dan Dubbo. Ia

mengalir melalui Macquire Marshes dan bercantum

dengan Sungai Barwon dan Sungai Darling Hulu.

Petani di Lembah Macquire menternak kambing biri-biri,

lembu, ayam dan babi. Kebanyakan kawasan

pertanian ditanam dengan gandum, sayuran, buah-buahan

dan tanaman makanan binatang.

UMUM
SEURAT, GEORGES

Seurat, Georges (18591891) ialah artis Perancis

yang telah membangunkan satu sistem melukis

yang dinamakan pointillisme . Di sebalik

menggunakan strok berus, Seurat melukis bintik-

bintik rapat yang berwarna terang dan seragam

saiznya. Jika dilihat dari jarak jauh, bintik-bintik

tersebut kelihatan bercantum dan menghasilkan

warna lain yang sama terang. Pointillisme

menghasilkan bentuk yang telah diringkaskan

hingga ke satu tahap yang menggambarkan lakaran

manusia kelihatan kaku bak robot. Kualiti ini

boleh dilihat dalam karya Seurat Sunday Afternoon

on the Island of La Grande Jatte (1886). Lukisan ini

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis.

UMUM
NEUTRON

Neutron ialah zarah subatom. Neutron, bersama

dengan zarah subatom lain yang dikenali sebagai

proton, membentuk nukleus atom, kecuali atom

hidrogen biasa, yang mempunyai nukleusnya

terdiri daripada satu proton (lihat Proton ). Neutron

dan proton membentuk 99.9 peratus jisim atom.

Gumpalan elektron di sekeliling nukleus

membentuk jisim yang selebihnya (lihat Elektron ).

Di dalam nukleus, neutron dan proton bercantum

bersama dengan daya yang dikenali sebagai saling

tindakan kuat atau daya nukleus kuat .

UMUM
ARAKNID

Araknid ialah ahli kelas haiwan darat yang kecil

bak serangga. Araknid yang terkenal ialah lelabah,

kutu, hama, kala jengking dan harvestmen. Tidak

seperti serangga, araknid tidak mempunyai kepak.

Badannya terbahagi kepada dua bahagian utama,

iaitu abdomen dan sefalotoraks , yang terdiri

daripada kepala dan toraks yang bercantum sekali.

Bagaimanapun, serangga mempunyai tiga

bahagian utama badan: kepala, toraks dan

abdomen. Araknid mempunyai empat pasang

kaki, tetapi tidak mempunyai sesungut. Serangga

mempunyai sesungut, tetapi hanya mempunyai

tiga pasang kaki.

UMUM
PIS GURUN STURT

Pis gurun Sturt ialah tumbuhan luar biasa

yang meliputi kawasan yang luas di bahagian

kontang di Australia pada musim yang baik.

Tumbuhan merayap ini cepat tumbuh,

mempunyai kuntum besar bunga pis berwarna

merah tua yang lehernya berwarna gelap. Setiap

bunga panjangnya 7.5 hingga 10 sentimeter,

dengan satu kelopak yang besar di belakang, dua

kelopak kecil di sisi, dan dua kelopak yang

panjang bercantum di tengahnya. Bunga yang

kembang diikuti dengan lenggai yang sempit,

keras, berwarna perang, setiap satunya

mengandungi banyak biji keras.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercantum

Puisi
 

Pokok sena dahan bercantum,
     Tempat bersarang burung tekukur;
Kalau bunga bukan sekuntum,
     Kumbang juga bukan seekor.



Lihat selanjutnya...