Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah benar perkataan terkebawah terbentuk daripada ter + ke bawah? Jika benar mengapakah ike bawah dieja bercantum? | ke bawah : dieja berasingan kerana ia menunjukkan arah . terkebawah: dieja bercantum kerana ia menujukkan kedudukan. | Ejaan | 22.04.2014 |
suka cita, duka cita | Dieja bercantum sukacita, dukacita | Ejaan | 17.07.2008 |
Berapakah bilangan sebenar kata majmuk yang dieja bercantum dan apakah perkataan tersebut? | Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Mendapatkan senarai kata majmuk yang dieja terpisah (dua perkataan) dan bercantum (dua perkataan) yang terkini | Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 11.11.2008 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan "di".Adakah penggunaan imbuhan "di" perlu dieja bercantum seperti "dilabel" atau perlu dipisahkan "di label".Di sini, saya inginkan kepastian bagi penggunaan imbuhan "di" yang betol dan tepat. | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di" digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel. | Tatabahasa | 12.06.2010 |
Menurut Kamus Dewan (2015:1439-1440), "semi" ialah awalan asing. Jika digabungkan dengan kata nama am, ditulis secara bercantum seperti "semifinal". Walau bagaimanapun, didapati "semi" + "profesional" dieja secara terpisah pula dengan tanpa sempang ( Kamus Dewan 2015:144). Adakah "Semi-profesional" tersebut dieja dengan betul? Harap dapat kepastian. Terima kasih. | Tuan/Puan, Untuk makluman, perkataan semi-professional/semi profesional tersebut merupakan ejaan lama dan tidak lagi digunakan. Pihak DBP akan mengemas kini maklumat tersebut. | Tatabahasa | 12.11.2017 |
Mohon pengesahan penggunaan perkataan "kau" seperti dilampirkan. Tetima kasih | Kata ganti nama singkat "kau" dan "ku" dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. | Lain-lain | 25.12.2017 |
adakah perkataan 'bagaimana' ialah kata majumuk? | Kata "bagaimana" bukan kata majmuk tetapi merupakan kata tanya yang secara lazimnya dieja bercantum. | Lain-lain | 20.02.2022 |
Tuan, angka perlu ditulis terpisah dengan unit, seperti 2 m, 5 km, 2000 km/j, dan 100 oC, atau dieja bercantum dengan unit, iaitu 2m, 5km, 2000km/j, dan 100oC? | Dieja terpisah. | Lain-lain | 16.06.2015 |
penulisan singkatan kau cth kau sahabatku? | Kata ganti nama singkat "kau" dan "ku" dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Bagi penggunaan yang betul dan tidak lewah, perkataan tersebut ditulis "kausahabat" atau "sahabatku". | Ejaan | 12.10.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercantum |
|
Puisi |
---|
|
Pokok sena dahan bercantum, Tempat bersarang burung tekukur; Kalau bunga bukan sekuntum, Kumbang juga bukan seekor.
Lihat selanjutnya... |
|