Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Berikut merupakan konklusi saya yang kedua. 1. Datuk Dolhi bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat yang baharu. (a) bercadang untuk menubuhkan (salah) (b) bercadang menubuhkan (betul) Dalam jawapan tuan, apakah maksud penggunaan "bercadang untuk + meN...kan dianggap lewah" ?? 2. Seminar ini bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar SMK Air Cerah (a) bertujuan meningkatkan (betul) (b) bertujuan untuk meningkatkan (salah) Tolong check adakah penganalisisan saya ini betul. Terima kasih!Selepas bercadang tidak perlu ditambah perkataan "untuk" kerana tidak memerlukan kata sendi nama.Makna29.04.2014
Bercadang untuk menggunakan perkataan 'trade' dan commerce' dalam satu ayat. Apakah padanan bagi perkataan 'trade' dan 'commerce' dalam BM? contoh ayat: apa-apa usaha niaga atau penglibatan dalam mana-mana tred , perdagangan, profesion, pekerjaan atau mana-mana aktiviti seumpamanya yang lain adakah tred perkataan yang tepat bagi membezakan perkataan 'trade' dan c'comerce'?Tiada perbezaan yang ketara berkaitan perkataan "trade" atau "commerce" kerana kedua-dua perkataan ini diterjemahkan sebagai "perniagaan" atau "perdagangan". Kedua-dua perkataan ini juga boleh digunakan di dalam satu ayat secara bersilih ganti. Tiada istilah "tred" yang merujuk bidang Perniagaan atau Perkhidmatan Kewangan.Makna20.04.2022
Tuan, minta lihat ayat ini. Ayat: (1) Saya bercadang menutut ilmu di Universiti Malaya. Dalam ayat ini, tiada kata hubung yang menghubungkan ayat induk "Saya bercadang" dan ayat keterangan "menutut ilmu di Universiti Malaya". Ini pandangan seorang saudara. Tetapi, jika ayat ini diubah menjadi: (2) Saya bercadang untuk menuntut ilmu di Universiti Malaya. , ayat ini salah juga, kerana kata "untuk" dalam ayat (2) bertugas sebagai kata hubung keterangan tujuan. Frasa "menuntut ilmu di Universiti Malaya" bukan tujuan kepada perbuatan "bercadang", sebaliknya suatu cadangan yang lahir daripada perbuatan "bercadang". Jadi, adakah ayat (1) perlu diubah atau memang ayat (1) ini betul?Saya meminta tuan menjelaskan struktur ayat (1).Ayat (1) memang betul.Tatabahasa23.12.2014
Puan, Salam sejahtera. Bolehkah puan mencadangkan perkataan yang paling tepat untuk menggantikan perkataan "bercadang" dalam ayat yang berikut : "Puan Rosnah dan suaminya bercadang untuk berusaha tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi."Selain perkataan bercadang, perkataan lain yang mempunyai makna yang sama ialah berhasrat, berkeinginan, dan berhajat.


"Puan Rosnah dan suaminya berhasrat untuk mengusahakan tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi.
Tatabahasa10.01.2013
DBKL bercadang untuk mengadakan majlis sumbangan kepada komuniti KL yg libatkan persatuan penduduk dan surau yang akan disempurnakan oleh YB Menteri wilayah Persekutuan.. selain tajuk berikut untuk latar pentas MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KOMUNITI KUALA LUMPUR mohon cadangan tajuk lain yang bersesuaian. terima kasihTajuk yang dinyatakan di atas bersesuaian. Walau bagaimanapun, sekiranya sumbangan yang dinyatakan merupakan satu penghargaan terhadap sumbangan, jasa seseorang atau sesuatu pihak tajuk seperti MAJLIS APRESIASI KOMUNITI KUALA LUMPUR boleh digunakan.  Lain-lain15.10.2021
Kami bercadang untuk memadankan perkataan the pulped part.. dalam ayat di bawah ini sebagai bahagian berpulpa. Adakah padanan ini tepat dalam konteks ayat ini. 244. (1) Fruit pulp shall be the pulped parts of raw fruit from which no juice has been extracted. 244. (1) Pulpa buah hendaklah bahagian isi buah mentah yang masih belum diekstrak jusnya.Cadangan padanan jawapan yang sesuai berdasarkan konteks ayat di atas ialah bahagian berpulpa atau bahagian berisi.Lain-lain30.06.2021
Kami bercadang untuk menggunakan padanan "contaminate" dalam ayat di bawah ini sebagai "mengkontaminasikan" kerana kami ingin menggunakan padanan "mencemarkan" bagi "taint". 36A. (1) The reduced iron powder specified in paragraph 36(2)(c) shall be enclosed in a sachet in such a manner that the oxygen absorber will not contaminate, taint or migrate into the food. 36A. (1) Serbuk besi yang diturunkan yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam paket mengikut cara yang penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.. Adakah perkataan "mengkontaminasikan" ini teratur dari sudut tatabahasa?
Cadangan penggunaan ayat yang betul ialah "Serbuk besi yang dikurangkan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam uncang mengikut cara yang betul supaya penyerap oksigen itu tidak mengkontaminasika, mencemarkan atau masuk ke dalam makanan.”
Tatabahasa04.06.2021
Syarikat bercadang untuk letak banner di hadapan premis dengan perkataan "Jawatan Kosong - Operator Kilang, Jualan & Pemasaran, Sokongan Jualan, Teknikal, Pembelian, Pembantu Makmal. Sila Isi Borang Permohonan Di Pondok Pengawal." Tolong beri nasihat bagaimana boleh mendapatkan kelulusan pengesahan bahasa dalam laman web untuk diberikan kepada MBSJ? Jikalau tidak boleh dibuat di laman web, boleh tunjuk cara dan kriteria untuk buat di pejabat DBP?Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my .Lain-lain21.01.2021
SAYA BERCADANG UNTUK TERBITKAN BUKU BACAAN ILMIAH UMUM. SAYA ADA MANUSKRIP UNTUK DIHANTAR KEPADA PANEL. MOHON PENCERAHAN TATACARA/ PROSEDUR PENERBITAN BUKU JIKA DARI AWAL HINGGA BUKU DITERBITKAN.Salam sejahtera, Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku ilmiah umum kepada DBP perlulah melalui proses kerja seperti ini: 1. Penghantaran manuskrip kepada Pemgarah Jabatan Penerbitan. 2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak. 3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan,tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip. 4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis. 5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya. 6. Jika memperoleh kelulusan JKP, proses penebitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan JKP tersebut. 7. 9 bulan tempoh proses penerbitan itu mengambil kira proses antaranya beberapa penyuntingan, pembacaan pruf, penyediaan naskhah sedia kamera dan sebagainya sehingga diterbitkan sebuah buku. Untuk maklumat dan keterangan lanjut, bolehlah hubungi En. Rusdi Abd Rahman, Bahagian Buku Umum DBP (03-21479430).Lain-lain09.05.2020
kami bercadang untuk mengadakan program kitar semula bertemakan "Minding the gap, closing the loop". Mohon pandangan DBP untuk terjemahan kepada bahasa melayu, adakah "kisahkan jurang, rapatkan kitaran" sesuai? terima kasih.Cadangan padanan slogan "Minding the gap, closing the loop" ialah Rapatkan jurang, tingkatkan kesedaran. Lain-lain27.05.2019
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercadang