Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan untuk ayat yang bagaimana kita menggunakan perkataan "berbeza" dan "berbeza-beza"? Adakah "Bayaran & caj mungkin berbeza-beza mengikut yuran & caj standard" merupakan terjemahan yang tepat untuk "The fees & charges may vary according to the standard fees & charges"? Terima kasih. | Pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu berbeza daripada pemerintahan mengikut kaedah persatuan. Adat itu mempunyai tafsiran yang berbeza antara ahli-ahli penganutnya. Berdasarkan contoh ayat, berbeza menunjukkan kelainan antara satu benda/perkara dengan satu benda/perkara lagi, manakala berbeza-beza mempunyai beberapa kelainan. Oleh itu, ayat yang betul "Bayaran dan caj mungkin berbeza mengikut yuran dan caj standard." | Penyemakan dan penterjemahan | 09.12.2019 |
Antara CARTA ORGANISASI dan CARTA ORGANISASI FUNGSI, adakah ianya sama atau berbeza, jika berbeza, apakah bezanya. Terima kasih. | Secara umumnya, Carta Organisasi menerangkan struktur organisasi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit yang distrukturkan mengikut hierarki jawatan, nama pegawai dan pecahan program/fungsi. Secara umum, Carta Fungsi menerangkan pecahan fungsi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit dan Carta Fungsi ini menerangkan perincian setiap tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan bagi setiap program/fungsi. Untuk keterangan lanjut, tuan boleh merujuk kepada buku-buku pengurusan yang terdapat di pasaran. | Lain-lain | 23.06.2009 |
Padanan Bi-BM untuk frasa "different from"" ialah berbeza daripada atau berbeza dengan? | Sila nyatakan konteks penggunaan ayat untuk kami berikan padanan bahasa Melayu. | Lain-lain | 17.08.2020 |
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan istilah 'gadget'? 2) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'peranti mudah alih'? 3) Adakah 'peranti mudah alih' , 'peranti elektronik' dan 'peranti digital' mempunyai maksud yang berbeza? Sekiranya berbeza, mohon bantuan untuk dijelaskan setiap maksud perkataan ini. Terima kasih. | 1. Padanan bagi gadget ialah alat atau alatan. 2. Peranti mudah alih ialah padanan bagi istilah mobile device. 3. Peranti mudah alih ialah peranti pengkomputeran dalam telefon pintar, komputer dan sebagainya. Peranti elektronik ialah komponen yang mengawal arus elektrik. Peranti digital ialah peranti yang mengandungi sistem digital seperti telefon pintar. Untuk mengenal pasti persamaan atau perbezaan ketiga-tiga peralatan ini, perlu merujuk pihak yang pakar, kamus hanya dapat memberi makna perkataan tanpa perincian yang jelas. | Istilah | 06.11.2019 |
Adakah jaket keselamatan air boleh dipanggil pelampung? | Jaket keselamatan dan pelampung ialah dua benda yang berbeza dan bentuk pun berbeza, walaupun fungsinya sama. | Istilah | 01.08.2014 |
salam, adakah leluhur merupakan kata terbitan bagi luhur | Perkataa "Luhur" dan "leluhur" ialah kata yang berbeza dan maksudnya juga berbeza. "Luhur" bermaksud mulia, dipandang tinggi (berkenaan sifat, cita-cita, budaya dan lain-lain) manakala "maksud "leluhur" ialah nenek moyang. | Tatabahasa | 24.02.2023 |
Hai Tuan/ Puan, frasa "bersama dengan" atau "bersama-sama dengan" lebih betul penggunaanya ? Atau kedua-dua frasa ini mendukung makna yang berbeza dalam konteks yang berbeza ? Minta pencerahan. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah bersama dengan. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini, 'bersama' membawa banyak makna tetapi 'bersama-sama' hanya bermaksud bergandingan dengan. Oleh itu, perkataan 'dengan' tidak perlu jika menggunakan perkataan bersama-sama. Contoh: Saya pergi ke taman permainan bersama-sama kakak. | Lain-lain | 23.11.2020 |
Adakah maksud berbeza antara "rumput" , "rerumput" serta "rumput-rumput" ? Atau perkataan tersebut hanya beza dalam kategori tatabahasa sahaja? | "Rumput" tergolong dalam kata dasar yang bermaksud sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dan sebagainya) "Reremput" berasal daripada proses penggandaan separa. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar "rumput". Contoh lain: lelaki, sesiku, tetikus, pepohon dan sebagainya. "Rumput-rumput" tergolong dalam kata ganda penuh iaitu proses mengulang keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar bentuk tunggal atau berimbuhan. Contohnya: meja-meja, cerpen-cerpen, pemimpin-pemimpin dan sebagainya.
| Tatabahasa | 23.10.2022 |
Adakah bol dan bolt dua benda berbeza? Kerana mengikut terjemahan, bol untuk mengetatkan sesuatu, sementara bolt untuk mencamtunkan dua benda, jadi, adakah itu bermakna ia dua benda berbeza? | Soalan saudara akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk dijawab. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. | Istilah | 04.01.2018 |
Adakah penggunaan ayat "Didatangkan dalam pelbagai saiz yang berbeza" betul? Jika salah, apakah pengunaan ayat yang betul. Terima kasih. | Ayat yang sesuai ialah dengan pelbagai saiz yang berbeza | Lain-lain | 05.07.2018 |