Sudan ialah negara yang terbesar di Afrika dari segi keluasan. Ia terletak di bahagian timur laut benua tersebut. Sudan mempunyai ciri geografi yang sangat berbeza-beza. Wilayahnya berselerak merentasi gurun yang luas di utara, dataran berumput di kawasan tengah, hutan berbahang dan paya di selatan. Sungai Nil adalah ciri geografi yang sangat penting bagi Sudan. Khartoum, ibu negara Sudan, dan Ondurman, bandar terbesar, terletak di tebing Sungai Nil. Kebanyakan penduduk Sudan tinggal berdekatan Sungai Nil atau salah satu daripada cabangnya. |