Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bungkusan yang berat-berat itu saya tidak terangkat. Adakah ayat itu betul atau salah?Ayat yang betul ialah Bungkusan yang berat-berat itu tidak saya terangkat.Tatabahasa20.07.2013
Salam, saya ingin bertanyakan penggandaan kata majmuk kiasan. Bagaimanakah bentuk kata majmuk kiasan jika digandakan? Hanya perkataan pertama digandakan ataupun keseluruhan kata? 1. anak-anak emas @ anak emas-anak emas? 2. cakar-cakar ayam @ cakar ayam-cakar ayam? 3. berat-berat tulang @ berat tulang-berat tulang? dan sebagainya Terima kasih.Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contoh perkataan ialah anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain.
Tatabahasa31.07.2013
Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantukLain-lain06.05.2008
Tuan, saya berpendapat bahawa frasa yang betul "mengambil soal tatabahasa berat", bukan "mengambil berat soal tatabahasa" dan "mengambil berat tentang soal tatabahasa". Begitulah juga halnya dengan "memandang usaha pemantapan sistem bahasa remeh" yang saya anggap betul dan "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa" dan "memandang remeh kepada usaha pemantapan sistem bahasa" saya salahkan. Sila tatap WordPad saya untuk memahami kewarasan dan peraturan bahasa Melayu yang saya patuhi. Wordpad ini berisi pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, tetapi oleh sebab saya perlu akan keahlian kebahasaan tuan, saya juga menghantar tulisan soal ini kepada tuan.Ambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud peduli. Frasa yang betul ialah "mengambil berat soal tatabahasa". Begitu juga dengan frasa "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa", betul.Tatabahasa16.12.2016
adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan kata 'ambil berat' ? 1) Ibu bapa harus ambil berat akan anak-anak mereka. 2) Mereka sangat ambil berat terhadap anak-anak yatim. 3) Mak Su sangat ambil berat terhadap jirannya.Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu atau seseorang. Dari segi konteks  penggunaan perkataan "ambil berat" dalam ayat di atas  adalah betul.Tatabahasa22.05.2013
Peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing@ ringan sama dijinjing berat sama dipikulPeribahasa yang betul ialah: "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kebiasaannya apabila sesuatu kerja atau amanah yang dipertanggungjawabkan, itu adalah satu tanggunjawab yang berat.  Sebab itu perkataan "Berat" itu didahulukan.Lain-lain10.08.2016
Tuan, saya memahami bahawa salah satu maksud bagi perkataan berat ialah : berkaitan dengan kerja tanggungjawab. Contoh : Tanggungjawab ibu tersebut sangat berat. Jika ingin mengatakan berkenaan masalah, bolehkah kita menggunakan berat dalam situasi ini : Masalah yang ditanggung oleh keluarga itu sangat berat? jika tidak boleh digunakan berat dalam ayat ini, apakah perkataan yang sesuai digantikan dalam ayat ini? Terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berat bermaksud sukar (dilakukan, diselesaikan, dan sebagainya), sulit dan susah. Masalah pula bermaksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan)

Oleh itu, penggunaan perkataan berat dalam contoh ayat yang diberikan adalah sesuai digunakan. 

Makna02.09.2021
"Menangani masalah sosial" Adakah "menangani" bermaksud "mengusahakan" dalam konteks ini seperti yang diungkapkan dalam Kamus Dewan? Sepanjang pengetahuan saya, "menangani" dalam konteks ini membawa maksud "mengatasi".Antara maksud menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, atau mengusahakan, contoh ayatnya; pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Secara literalnya kata menangani dalam contoh ayat yang diberi boleh difahami/diberi makna sebagai mengatasi tetapi makna tersebut belum ada dirakam dalam Kamus Dewan, oleh itu makna yang paling hampir ialah mengusahakan.Makna19.07.2008
bagaimana hendak pasifkan ayat berikut? Batu yang berat itu terangkat oleh saya. saya mengangkat batu yang berat itu? atau Saya terangkat batu yang berat itu. mana satu betul? tqAyat "saya mengangkat batu yang berat itu" boleh dipasifkan menjadi "batu yang berat itu terangkat oleh saya".Tatabahasa25.09.2014
Salam, apakah kata kerja yang sesuai untuk perbuatan ibu/bapa yang meletakkan/mendudukkan anak di belakang leher (biasanya untuk menyaksikan sesuatu pertunjukan di celah-celah orang ramai)Mengikut Kamus Dewan, kata tanggung ada antara maknanya membawa di atas bahu barang dan lain-lain yang berat-berat. Kata bawa boleh bersinonim dengan perkataan berikut mengikut konteks penggunaan - angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usungIstilah20.02.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berat

Puisi
 

Orang barat bermain pedang,
     Mana nak sama batang cangkul;
Mana berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.



Lihat selanjutnya...