Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1. "Bilakah baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. 2. "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Terima kasih.Ayat 1 " Bilakah  baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Ayat ini betul

Ayat 2 "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" Tanya  Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Perkataan ujar perlu ditukar kepada perkataan Tanya.
Tatabahasa14.08.2018
Ayat yang mana lebih tepat? 1) Baginda berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. atau 2) Baginda berkenan berangkat menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. Terima kasih.Ayat satu lebih tepat. Baginda berkenan menghadiri Majlid Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat atau Baginda berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama-sama RakyatLain-lain30.04.2018
Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi/Ekonomi.Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ekonomi.Tatabahasa29.06.2012
"Wahai, Tuah! Pada pendapat (hamba / patik), eloklah kita berangkat sekarang,"kata Hang Jebat. Apakah jawapan yang paling sesuai? Tolong buat penerangan, terima kasihJawapan yang sesuai ialah: "Wahai, Tuah! Pada pendapat hamba, eloklah kita berangkat sekarang,"kata Hang Jebat.Tatabahasa01.04.2015
Salam, Adakah penggunaan kata gandaan sebanyak dua kali di dalam satu ayat dibolehkan? Contoh: Raja berangkat bersama pegawai-pegawai serta pengiring-pengiringnya pergi berburu.Raja bersama pengiringnya berangkat pergi berburu. - tidak perlu lagi digandakanTatabahasa27.06.2008
Salam. Adakah boleh digandakan sebanyak dua kali perkataan gandaan di dalam satu ayat? Contoh: Baginda berangkat bersama sekalian pegawai-pegawai istana dan tentera-tentera berkuda untuk pergi berburu.Baginda berangkat bersama sekalian pegawai istana dan tentera berkuda untuk pergi berburu. Mengikut Kamus Dewan perkataan "sekalian" di sini telah membawa makna semua(nya) atau segala. Sekian, terima kasih.Tatabahasa25.06.2008
Perbezaan penggunaan kesantunan bahasa antara bahasa rasmi dan bahasa istanaKesantunan bahasa dalam penulisan surat rasmi bermaksud penggunaan bahasa yang halus, beradab dan sopan. Penulis memperlihatkan budi bahasa yang tinggi. Aspek ini dapat dilihat dari segi pemilihan kata, frasa, cara mengungkapkan idea dan harapan yang dijangka. Dalam  surat rasmi masih terikat dalam suasana urusan pentadbiran, maka pemilihan kata atau istilah  adalah berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan. Dalam surat rasmi menggunakan bahasa istana pula, penulis hendaklah mengungkapkan kata-kat dalam bahasa istana yang sopan, beradab dan halus. Contoh bahasa istana ialah menjunjung kasih, memphon perkenan, berkenan berangkat, berangkat tiba dan titah mengadap. Senarai bahasa istana boleh diperoleh daripada pihak istana sultan. Lain-lain29.02.2008
1) Apakah perbezaan antara berangkat dengan bercemar duli? 2) Apakah perbezaan antara takhta dengan singgahsana? 3) Bolehkah kata ganti nama diri ketiga "baginda" digunakan utk merujuk kepada Perdana Menteri ? 4) Apakah penggunaan bagi perkataan "tuan hamba"? Terima Kasih !

1) Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “berangkat” bermaksud mula berjalan atau bertolak manakala “bercemar duli” bermaksud mengotorkan kaki (sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan untuk raja-raja sahaja).

2) Takhta dan singgahsana membawa maksud yang sama, iaitu tempat raja bersemayam.

3) Kata ganti nama diri ketiga “baginda” hanya digunakan untuk raja sahaja.

4) “Tuan hamba” merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama. Tuan hamba yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai “tuan hamba” dan orang yang berbicara dikenali sebagai “hamba”.

Lain-lain22.01.2022
Merujuk pertanyaan saya pada 30/4/2018. Pihak DBP menyatakan "Baginda berangkat ke majlis ramah mesra ..." adalah juga tepat. Saya hanya ingin memastikan adakah boleh kata sendi ke diikuti dengan nama majlis? Bukankah kata sendi perlu diikuti dengan nama tempat?Kata sendi nama "ke" boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang dituju. Oleh itu, ayat yang lebih gramatis ialah "Baginda berangkat hadir dalam Majlis Ramah Mesra".Tatabahasa08.05.2018
Sultan Selangor akan berangkat untuk menghadiri majlis makan-makan diraja yang diadakan di sebuah hotel terkenal. Tuan, makan-makan adalah salah dan apakah perkataan yang sesuai digantikan?Perkataan yang sesuai digunakan ialah santapan.Istilah03.08.2011
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berangkat

Puisi
 

Air pasang berangkat ke hulu,
     Datanglah ubi hanyut melintang;
Kalau kukenang masa yang lalu,
     Makan kelubi serasa pinang.



Lihat selanjutnya...