Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah beza antara perkataan berhambus dengan berambus? | kedua-dua perkataan berhambus dan berambus mempunyai maksud yang sama pergilah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini. Perkataan yang baku alah berambus, manakala berhambus ialah bahasa percakapan. | Ejaan | 19.10.2018 |
Salam sejahtera. Adakah ejaan "berambus" sudah tidak boleh digunakan dan perlu digantikan dengan "berhambus"? | Dalam Kamus Dewan, berambus memberi makna nyah; pergi: ~ engkau dr sini! Manakala berhambus pula bermakna menghambus bp pergilah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini; menghambuslah engkau cepat-cepat. Oleh itu, perkataan berambus dan berhambus memberi maksud yang sama. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan yang baku ialah berambus, manakala berhambus ialah bahasa percakapan. | Istilah | 09.11.2020 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada perkataan "berambus" boleh digunakan dalam pertuturan iklan TV. Terima kasih. | Dalam data Kamus Dewan, berambus bermaksud pergi dan lazimnya digunakan apabila berlaku ketegangan dalam komunikasi dua pihak. Penggunaan dalam iklan hendaklah merujuk Garis Panduan Penapisan Filem yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri. | Istilah | 15.02.2019 |
Salam sejahtera. 1. Adakah ejaan "berambus" sudah tidak boleh digunakan dan perlu digantikan dengan "berhambus"? -------- 2. Frasa manakah yang betul? "Sasa, si gergasi" atau "Sasa si gergasi"? Terima kasih. | 1. Penggunaan yang betul ialah berambus dan boleh digunakan. 2. Penggunaan yang betul ialah Sasa, si gergasi. | Tatabahasa | 02.12.2020 |