Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Asuklah kasut jalan ke pasir, Hendak berahi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga pandan dalam serahi, Indera berarak ke Padang Temu; Betapa tuan dendam berahi, Bila gerangan hendak bertemu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan bukit saja meruntuh, Bemban serai meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Gila berahi membunuh juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan bukit saja meruntuh, Orang Serani meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Dendam berahi membunuh juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini merendam sagu, Hanyut bemban menunda batang; Jika begini rasa hatiku, Hilang dendam berahi datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berkasut jalan ke pasir, Seorang garib di dalam puan; Rambutnya kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayanglah berkasut jalan ke pasir, Bemban seraut di dalam puan; Rambutlah kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayanglah berkasut jalan ke pasir, Bemban seraut di dalam puan; Rambutlah kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berahi

Puisi
 

Bunga pandan dalam serahi,
     Indera berarak ke Padang Temu;
Betapa tuan dendam berahi,
     Bila gerangan hendak bertemu.



Lihat selanjutnya...