Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
kebiasaannya diftong berada di belakang sesuatu perkataan.bolehkah diftong berada di tengah atau depan sesuatu perkataan.kenapa? | Diftong boleh berada di hadapan dan tengah terutamanya bagi kata pinjaman seperti oidium, audit dan tesaurus. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
Tuan DBP, ayat manakah betul? 1. Berhati-hati dengan kereta semasa berada di jalan raya. 2. Berhati-hati akan/kepada kereta semasa berada di jalan raya. 3. Berhati-hati terhadap kereta semasa berada di jalan raya. Walaupun ayat yang lazim digunakan masyarakat ialah ayat (1), iaitu dengan penggunaan kata sendi nama "dengan", tetapi saya maklum bahawa kata sendi nama "dengan" bermaksud "bersama-sama", jadi, ayat (1) akan bermaksud: Berhati-hati bersama-sama kereta semasa berada di jalan raya. Maksudnya, seseorang disuruh berhati-hati bersama-sama kereta semasa seseorang dan kereta berada di jalan raya. Salah! Kereta bukan manusia, jadi tidak dapat membuat sesuatu aktiviti bersama dengan kita, jadi ayat (1) salah. Ayat (2) dan ayat (3) saya rasakan dapat diterima sebagai ayat betul. Apakah pandangan tuan? | Pandangan tuan betul, ayat kedua dan ketiga lebih gramatis dan tepat dari aspek makna. Walau bagaimanapun ayat pertama telah mantap dan banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Untuk tujuan pepriksaan, sila rujuk guru di sekolah tuan. | Tatabahasa | 31.01.2015 |
Salam sejahtera Tuan, Adakah perkataan "berada" boleh digunakan untuk sesuatu tempat? Contoh: 1.Seremban 'berada' di Negeri Sembilan. Jika atas peta pula bagaimana? Contoh: 1.Seremban 'berada' di paksi mencancang. 2.Tasik Bera 'berada' di paksi-x. Mohon pencerahan daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasih. | Perkataan "berada" boleh digunakan dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun ayat pertama perlu dibetulkan seperti berikut: Seremban berada di paksi-Y. | Tatabahasa | 15.07.2019 |
1. Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau. 2. Puan Sarah berada di hadapan gerai sambil memilih buah limau. Ayat manakah yang betul?sila berikan penjelasan jika penggunaan kata hubung itu salah. Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau.” Kata hubung “sambil” tidak tepat untuk ayat ini kerana perkataan ini sesuai digunakan untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilaksanakan serentak. | Tatabahasa | 06.02.2024 |
Salam sejahtera. 1. Manakah lebah berada di bawah bunga? 2. Lebah manakah berada di bawah bunga? Manakah satu bentuk soalan yang mengguna hukum bahasa dengan betul? Adakah "Manakah" mesti diletak di bahagian depan sekali ? | Ayat yang betul, Manakah lebah yang berada di bawah bunga? | Tatabahasa | 05.12.2017 |
Salam sejahtera, Soalan - Adakah ayat dibawah betul: 1. Ini adalah pokok.(penggunaan adalah) 2. Tidak dbenarkan berada (di/di dalam/dalam) kawasan ini. Terima kasih atas bantuan anda. | Ayat yang betul ialah: 1. Ini ialah pokok atau Ini pokok 2. Tidak dibenarkan berada di dalam kawasan ini. | Tatabahasa | 16.01.2018 |
Kereta saya berada di bengkel untuk pembaikan. Ayat ini betul ke? | Ayat "Kereta saya berada di bengkel untuk pembaikan" adalah betul.
| Tatabahasa | 09.11.2022 |
bolehkah kata hubung 'dan' berada di pangkal ayat? | Kata hubung "dan" tidak boleh berada di pangkal ayat. Pada kelazimannya, kata hubung "dan" diletakkan pada pertengahan ayat kerana fungsinya sebagai penyambung wacana. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Berada di pihak yang salah atau Berada pada pihak yang salah? | Berada di pihak yang salah. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Tolong sapukan sampah-sarap yang berada di bawah pokok. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Tolong sapu sampah sarap yang berada di bawah pokok." | Lain-lain | 30.11.2022 |