Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERIHELION

Perihelion ialah kedudukan sesebuah planet atau

komet semasa ia berada paling hampir dengan

matahari. Di Hemisfera Utara, bumi berada paling

dekat dengan matahari pada pertengahan musim

dingin.

UMUM
KELAS MENENGAH

Kelas menengah ialah sekumpulan orang yang

berada di antara kelas atasan dengan kelas

bawahan dalam sesebuah masyarakat. Istilah kelas

menengah pertama kali digunakan secara umum

ketika awal tahun 1800-an di Eropah. Ia merujuk

kepada borjuis (kelas peniaga), sekumpulan orang

yang berada di antara kaum aristokrat dengan

kaum petani.

UMUM
TELAGA ARTOIS

Telaga artois ialah telaga yang menyadap air

dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini

naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan

yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk

kepada sebarang air telaga yang sangat dalam.

Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan

bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah.

Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin

terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan

lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu

mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada

sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap

turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah

tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi

disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di

dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung

atas akuifer.

UMUM
PERSEKITARAN

Persekitaran ialah semua benda yang berada

di luar sesuatu organisma. Persekitaran manusia

meliputi faktor seperti suhu, bekalan makanan,

dan manusia lain. Persekitaran tumbuh-

tumbuhan boleh terdiri daripada tanah, cahaya

matahari, dan haiwan yang akan memakan

tumbuh-tumbuhan. Faktor persekitaran tidak

bernyawa, seperti suhu dan cahaya matahari,

membina persekitaran abiotik . Benda bernyawa

seperti lumut dan makanan mewujudkan

persekitaran biotik . Kedua-dua persekitaran

abiotik dan biotik saling berhubungan dalam

mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk

benda hidup dan bukan hidup.

UMUM
NEGERI PAUS

Negeri Paus. Nama yang diberikan kepada

daerah yang pada satu ketika dahulu diperintah

oleh paus Gereja Roman Katolik. Paus menguasai

bidang ekonomi, tentera, dan politik. Kebanyakan

daerah berada di bahagian tengah Itali, dengan

beberapa tanah yang berada di Perancis untuk

beberapa ketika. Kini, Paus hanya mengawal

bidang temporal bagi 44 hektar Vatican City,

sebuah negeri bebas dalam daerah Rom.

UMUM
NADIR

Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada

di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi

seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan

seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya

membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas

permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan

ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini,

betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat

bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh

kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di

bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan

penghujung garisan ladung yang kita bayangkan

tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub

bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90°

darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit.

UMUM
SAGITARIUS

Sagitarius (atau lambang pemanah) ialah

sekumpulan bintang yang berada di langit Hemisfera

Selatan. Ia merupakan lambang zodiak yang

kesembilan. Dalam mitologi, Sagitarius mewakili

haiwan mitologi yang dikenali sebagai sentora

(separuh manusia dan separuh kuda). Sentora

dikatakan sedang memegang busur yang ditujukan

ke jantung Scorpio, iaitu buruj (kelompok bintang)

berdekatan.

UMUM
NEGARA MEMBANGUN

Negara membangun ialah negara miskin dan

negara yang tidak berada. Negara seperti ini pernah

dikenali sebagai negara tidak membangun, tetapi kini

ramai ahli ekonomi lebih gemar menggunakan istilah

negara membangun dan negara kurang

membangun . Lazimnya negara sedang membangun

mengalami kekurangan bahan makanan, kurang

sumber tenaga, dan kadar Keluaran Negara Kasar

(KNK) yang rendah. KNK ialah nilai semua barangan

dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu

negara dalam satu tahun. Ahli ekonomi biasanya

mengelaskan negara mengikut asas per kapita (untuk

seorang individu) KNK, iaitu KNK dibahagikan

dengan jumlah penduduk.

UMUM
SOLSTIS

Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku

setiap tahun apabila matahari berada pada

kedudukan paling utara atau paling selatan.

Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan

lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun

disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi.

Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit

bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim

panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling

utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan

(garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim

sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang

paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan

Jadi (garis lintang 2327 selatan).

UMUM
EKUINOKS

Ekuinoks ialah salah satu daripada dua hari,

dalam setahun apabila matahari berada tegak di

atas khatulistiwa bumi. Pada waktu ini siang dan

malam hampir sama panjangnya di mana-mana

tempat di dunia.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.



Lihat selanjutnya...