Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
transducerPeranti elektronik yang menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain untuk pelbagai tujuan termasuk pengukuran atau pemindahan data. Contoh transduser ialah transduser ultrasonik, transduser suhu (contoh termogandingan), transduser piezoelektrik dan transduser tekanan.
protein engineeringTeknik untuk mereka bentuk protein bagi penggunaan tertentu dengan menerapkan gabungan ilmu sains, matematik dan ekonomi. Protein baharu direka bentuk dengan bantuan algoritma komputer berasaskan pengetahuan struktur dan fungsi protein.
artificial proteinSatu protein yang disintesis secara kimia dan molekulnya direka bentuk supaya sesuai dengan tujuan penggunaan tertentu. Reka bentuk molekul protein biasanya dilakukan menggunakan algoritma komputer. Protein asli merupakan terbitan daripada proses biologi. Protein buatan berpotensi digunakan dalam perubatan, biopenderia dan pelbagai peranti elektronik.
self-healing structureKeadaan struktur bahan yang dapat pulih kembali kepada bentuk asal pada bahagian dalam dan luar apabila mengalami kerosakan seperti retak atau kemik. Sifat demikian terjadi pada bahan swasembuh. Contohnya, bahan ingat bentuk sama ada logam atau polimer. Bahan seperti ini akan digunakan pada badan kenderaan.
atomic absorption spectroscopyKaedah analitikal menggunakan serapan cahaya untuk mengukur kepekatan unsur seperti kromium, plumbum dan arsenik dalam sampel cecair atau pepejal. Sampel perlu ditukar dari bentuk cecair atau pepejal kepada bentuk wap bagi membolehkan analisis dilaksanakan.
elastinProtein kenyal pada tisu yang bersambungan antara satu sama lain dan membenarkan tisu pada badan kembali kepada bentuk asal selepas regangan atau kecutan. Protein ini membantu kulit kembali kepada struktur asal selepas dicubit atau ditekan. Elastin terdiri daripada asid amino, glisina, valina, alanina, dan pralina. Elastin pada dinding arteri muncul dalam bentuk helaian atau membran yang berlubang dalam pelbagai saiz.
messenger RNABentuk RNA yang menjadi perantara bagi pemindahan maklumat genetik daripada sel nukleus ke ribosom dalam sitoplasma. Pengutus RNA berfungsi sebagai templat bagi sintesis protein. Molekul mRNA adalah pendek berbanding DNA dan merupakan nanodawai pendek.
partial confinementSuatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh.
anataseSatu daripada tiga bentuk galian titanium dioksida (TiO2). Galian ini mempunyai struktur hablur sistem tetragon, berwarna biru, atau dalam julat warna kuning muda ke coklat. Anatas digunakan sebagai pigmen dalam cat.
computroniumBahan berhipotesis yang direka bentuk menggunakan nanoteknologi terhadap atom, molekul atau bintik kuantum untuk memaksimumkan proses pengkomputeran.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentuk

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf



Lihat selanjutnya...