Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
PERKATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD BENGKAK AKIBAT TERHANTUK | Benjol | Makna | 20.05.2009 |
Sila terangkan maksud perkataan 'berdenyut-denyut' dalam ayat berikut? 1) Kaki Ali yang bengkak akibat penyakit kencing manis itu berdenyut-denyut. | Maksud perkataan berdenyut ialah mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (seperti gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya mendenyut menahan kemarahannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berdenyut | Tatabahasa | 07.12.2015 |
Polemik Tabung Bantuan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara kita ( )dengan berita yang menyayat hati, iaitu seorang kanak-kanak, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana menghidap bengkak hati sebelum sempat menjalani pembedahan. pilihan A tergempar pilihanB kegemparan pilihan C digemparkan pilihanD mempergemparkan mana satu yang betul Kata "dengan" dalam ayat ini ialah kata apa?kata nama? | Polemik Tabung Bantuan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara kita digemparkan dengan berita yang menyayat hati, iaitu seorang kanak-kanak, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana menghidap bengkak hati sebelum sempat menjalani pembedahan. Kata dengan ialah kata sendi nama. | Tatabahasa | 31.10.2021 |
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? Mulut pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin para pelajar. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga | 1. Bibir pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. 2. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. 3. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. 4. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. 5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar. 6. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. 7. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. 8. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. 9. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang dahulunya lemah dalam pelajaran, kini bergelar siswazah. 10. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. | Tatabahasa | 13.05.2020 |
Apakah peribahasa yang menepati maksud di bawah? orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Terima kasih. | Terdapat beberapa peribahasa yang menepati maksud "Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya". Antaranya: 1) Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah 2) Lain yang bengkak, lain yang bernanah 3) Lain yang untut, lain yang mengisut. | Lain-lain | 27.06.2015 |