Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Penuh sudah bagai menggantang.

Takrif

Penuh benar-benar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulat segiling, pecak setapik.

Takrif

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana janda baru bangun tidur.

Takrif

Perempuan yang benar-benar cantik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan.

Takrif

Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.

Takrif

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.

Takrif

Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.

Takrif

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sembunyi-sembunyi puyuh.

Takrif

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.

Takrif

Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.

Takrif

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar-benar

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.



Lihat selanjutnya...