Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Banyaklah rotandibuat jerat, Rotan berpilin sangat kuatnya; Banyaklah beban terasa berat, Beban pemimpin sangat beratnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Supaya beban mudah diangkat, Eloklah dibawa beramai-ramai; Supaya badan kita selamat, Elok tak usah memandai-mandai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang beradat bertanggungjawab, Hutang dibayar beban dipikul; Membuang adat hidup kan gelap, Malangnya besar akal pun tumpul.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau rotan dipanjat benalu, Sekerat disimpan di dalam bakul; Kalau beban sudah ke bahu, Berat ringan wajib dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tabiat Melayu suka memberi, Dengan sahabat ataupun teman; Sepakat Melayu sama sehati, Beban berat menjadi ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau meniup seruling bambu, Badan yang penat terasa nyaman; Kalaulah hidup saling membantu, Beban yang berat terasa ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat resam kata orang, Bergaul sopan berbaik laku; Adat faham lembaga terang, Memikul beban tiada malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mencari ilmu hendaklah tabah, Supaya jangan kita terlantar; Terpuji Melayu akhlaknya indah, Memikul beban kita bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia suku adatnya kukuh, Iman kuat negara pun aman; Bila bersatu umat kan teguh, Beban berat menjadi ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat muda suka berjalan, Salah langkah membawa sesat; Adat dijaga sempurna iman, Akhlak terpuji beban pun lepas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beban