Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. Saya ingin membuat semakan terjemahan bagi perkataan 'sensory overload', adakah 'beban sensori' atau 'beban deria' yang lebih tepat? Perkataan ini adalah berkaitan dengan autisme. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk sensory overload dalam pangkalan data kami. Istilah bahasa Melayu untuk sensory ialah deria dan istilah untuk overload ialah beban lebih. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk sensory overload ialah beban lebih deria. | Istilah | 19.11.2012 |
Salam sejahtera, Ayat manakah yang lebih gramatis? 1) Tuas digunakan untuk memperbesarkan daya bagi mengatasi beban yang berat. 2) Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Maksud yang ingin disampaikan kpd pembaca ialah mesin ringkas digunakan untuk menjadikan daya lebih besar supaya daya yang besar ini dapat mengatasi beban yang berat. Sekian, Terima kasih. | Yang lebih gramatis ialah Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan. | Tatabahasa | 16.06.2012 |
Apakah definasi Beban Tugas yang betul | Untuk membantu sdr. menyelesaikan persoalan tersebut, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 25.07.2010 |
apakah kesalahan ayat ini? Beban ini kami akan tanggung bersama-sama. | Beban ini kami akan tanggung bersama-sama. - Tidak ada kesalahan pada ayat ini | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Yang manakah paling tepat: 1. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya adalah dengan membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. 2. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. 3. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. | Cadangan penggunaan yang gramatis ialah "Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa."
| Tatabahasa | 03.07.2023 |
Adakah struktur ayat ini betul? 1. Bantuan wang BR1M dapat meringankan beban mereka secara serba sedikit. | Ayat yang betul ialahBantuan wang BR1M dapat meringankan beban mereka. | Tatabahasa | 30.07.2014 |
Salam sejahtera, 1.Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa (dengan/ dalam ) menjalankan urusan rumah tangga. (dengan/ dalam yang patut digunakan?) Terima kasih. | Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menjalankan urusan rumah tangga. | Tatabahasa | 18.07.2018 |
Salam sejahtera, konsonan 'e' dalam kedua-dua perkataan di bawah ialah e peper atau e taling? Beban Dedah | konsonan 'e' dalam kedua-dua perkataan "Beban" dan "dedah" ialah e pepet. Simbol bunyi untuk e pepet [e] dan simbol bunyi untuk e taling []. | Ejaan | 25.04.2018 |
salam 1 Malaysia, yang manakah ayat yang sesuai yang menunjukkan penggunaan adalah dan ialah bagi contoh ayat berikut; 1. Kebanyakan item cadangan tersebut adalah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru 2. Kebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru sekian tq | Kebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru. | Tatabahasa | 28.08.2015 |
Kenapa ayat "Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa" betul? Selepas kata pemeri ialah tidak boleh hadir kata kerja. Ayat ini diambil daripada ruangan jawapan khidmat nasihat juga. Mohon penjelasan terima kasih. | Kata pemeri ialah mesti diikuti kata nama, seperti Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Penggunaan kata pemeri "ialah" dalam ayat Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa, tidak tepat. Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut. | Tatabahasa | 24.03.2024 |