Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KEMATIAN BAYI

Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan

bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum

mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar

kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang

meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu

bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini

mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota

masyarakat yang paling bergantung kepada orang

lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai

ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu

menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka,

membandingan kadar kematian bayi antara

negara atau komuniti yang berlainan ialah satu

cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu.

UMUM
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT

Sindrom kematian bayi mengejut, juga

disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah

suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi

yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi

didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di

atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan,

walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji

keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di

kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi

mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab

utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah

memerhatikan kejadian yang membawa kepada

SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru,

tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang

malang ini tidak menangis atau meronta.

UMUM
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI

Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu

penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa.

Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh

kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini

mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi

yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi

udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan

atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes,

akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara

penyebab utama kematian di kalangan bayi

pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini

menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang

dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan.

UMUM
DIET BAYI

Diet bayi ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan yang penting untuk bayi.

PEMAKANANKaedah
TAUSSIG, HELEN BROOKE

Taussig, Helen Brooke (18981986) ialah

doktor Amerika yang pakar dalam bidang penyakit

jantung kanak-kanak. Dia menjumpai kecacatan

besar yang menyebabkan warna biru pada kulit

bayi biru (lihat Bayi biru ).

UMUM
TALI PUSAT

Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang

menghubungkan janin (bayi yang belum

dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat

mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri

membawa darah yang mengandungi hasil sisa

daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa

darah yang mengandungi oksigen dan bahan

makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila

bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali

pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen

bayi, dengan berhati-hati.

UMUM
KELAHIRAN BERGANDA

Kelahiran berganda ialah kelahiran lebih

daripada seorang bayi daripada kehamilan yang

sama. Kembar dua, kembar tiga, kembar empat dan

kembar lima adalah kesemuanya contoh kelahiran

berganda. Kebanyakan haiwan melahirkan lebih

dari satu anak pada satu masa. Manusia biasanya

melahirkan hanya seorang bayi pada satu masa.

Rencana ini membincangkan kelahiran berganda

pada manusia.

UMUM
KES CHAMBERLAIN

Kes Chamberlain yang melibatkan kehilangan

seorang bayi perempuan Australia berumur

sembilan minggu pada tahun 1980-an, telah

menarik perhatian seluruh dunia. Pada 17 Ogos

1980, Azaria Chamberlain, anak perempuan Alice

Lynne (Lindy) Chamberlain dan suaminya, Michael,

seorang Pastor Gereja The Seventh Day Adventist,

telah hilang dari sebuah khemah di Ayers Rock,

Australia. Dalam satu inkues pada bulan Februari

1981, koroner memutuskan bahawa bayi itu, yang

tidak pernah dijumpai, telah mati apabila diterkam

dan dibawa lari oleh seekor dingo liar.

UMUM
PLASENTA

Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang

terbentuk apabila seseorang wanita itu

mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan

oksigen kepada bayi dalam kandungan serta

menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga

menghasilkan hormon yang menyelaras

kandungan dan menolong mengawal

perkembangan bayi.

UMUM
AKIKAH

Akikah, ibadat penyembelihan haiwan tertentu sempena menyambut kelahiran bayi. Akikah adalah perkataan Arab yang bermaksud rambut bayi yang baru lahir.

AGAMAPerayaan/Upacara
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayi