Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang manakah yang betul? 1 sebatang cangkul atau sebilah cangkul 2 Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai atau Beliau merupakan guru besar SK Bayan Permai Terima kasih | 1. Sebatang cangkul. 2. Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai. | Lain-lain | 01.05.2007 |
tolong tafsirkan makna bayan | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 141 bayan bermaksud 1. sejenis burung 2. sejenis ikan laut 3. nyata, terang | Makna | 23.04.2008 |
Kalau tuan selasih dani, Burung bayan buat sarang; Kalaulah tuan kasihkan kami, Rebutlah saya di tangan orang. Apa maksud *dani dalam pantun dari Kurik Kundi Merah Saga? | Pantun yang terdapat dalam buku Kurik Kundi Merah Saga merupakan kumpulan pantun lisan Melayu. Melalui semakan termasuk carian di Internet, kami tidak menemui maklumat berkenaan perkataan dani. Perkataan tersebut hanya ditemukan dalam buku itu sahaja. Berkemungkinan perkataan selasih dani merupakan perkataan bagi bahasa percakapan atau bahasa lisan yang dituturkan dalam komuniti setempat, yang merujuk kepada nama panggilan bagi pokok selasih atau variasi pokok selasih. | Makna | 17.08.2021 |
SAYA INGIN PASTIKAN PENGGUNAAN SAMPAI / TIBA DI DALAM URUSAN SURAT MENYURAT PEJABAT KAMI. LAMPIRAN DIKEPILKAN | Sampai dan tiba , kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Namun begitu, lazimnya kata "tiba" digunakan dalam konteks yang tersebut seperti Tiba di PDC, Bayan Baru. | Tatabahasa | 16.03.2015 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayan |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan selasih dani, Burung bayan buat sarang; Kalaulah tuan kasihkan kami, Rebutlah saya di tangan orang.
Lihat selanjutnya... |
|