Saya ada 2 pertanyaan: 1. Adakah perkataan ku perlu dirapatkan seperti; bisikku atau bisik ku? ku tanya ? 2. tanda baya dalam dialog adakah perkataan selepas itu huruf besar atau kecil? "Jangan masuk ke dalam kelas." Dia/dia? "Apa nama awak?" Tanya Cikgu Ramlah ATAU tanya | 1. ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri. Perlu dieja rapat. Penggunaan yang betul ialah kuingat, kudengar, kuterima, kuingin, kubaca, rumahku, kekasihku, adikku dan sebagainya. 2. Soalan yang dikemukakan tidak difahami. 3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tatabahasa bahasa Melayu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 31.07.2021 |