Kata |
Takrif |
Sumber |
basah jejeh (jeruk) | Kl basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
basah | 1. mengandungi air, lwn kering: bajuku ~; 2. masih baru, belum dikeringkan: getah (daging, ikan) ~; kena tangkap ~ = tertangkap ~ ditangkap kerana berkhalwat; ~ kuyup = ~ jejeh (jeruk) Kl basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya; direndam tak ~ prb orang degil dan kikir yg tidak dapat dibaiki; sudah ~ kehujanan prb kemalangan yg bertimpa-timpa;berbasah-basah, berbasahan membiarkan diri basah: kalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dlm hujan begini;membasahi menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya;membasahkan menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit);basahan 1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik;kebasahan keadaan basah: ia sedang menggosok-gosok senapang yg ~ sedikit kerana peluh; bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;kebasah-basahan agak basah: bulu kucing itu ~;pembasahan perihal (perbuatan) membasahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
|
|