Kata |
Takrif |
Sumber |
barung-barung | Mn pondok di sawah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perwira | 1. sl berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel; keperwiraan 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barung II | sj tumbuhan (pokok), kunkuman jantan, obak, sito, Elaeocarpus robustus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barung I | sj tempat yg beratap tempat berjual, warung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
toman barung | sj ikan darat, Ophicephalus micropeltes; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kengkunang jantan | sj tumbuhan (pokok), barung, obak, sopi, Elaeocarpus robustus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kengkunang | ; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), barung, obak, sopi, Elaeocarpus robustus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
toman | 1. sj ikan darat, Ophicephalus micropeltes; 2. sj aruan, haruan, ruan, Ophicephalus striatus; 3. = ~ barung = ~ bunga sj ikan darat, Ophicephalus micropeltes; 4. = ~ ekor kuang sj ikan darat, Ophilcephalus melanoptera; spt ~ makan anak prb orang yg berbuat sumbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
saron barung | saron barung | Muzik | Tiada | Saron bersaiz sederhana dengan register sederhana. Saron barung menghasilkan melodi asas dalam lagu gamelan Jawa dan gamelan Melayu. Lihat juga saron. |
bonang barung | bonang barung | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Indonesia yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Bonang barung merupakan satu set gong kecil yang berbusut (gong chime) yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini mempunyai register sederhana dan dimainkan dalam gamelan Jawa dan gamelan Melayu. |
saron barung (Indon) | saron barung | Kesenian | Tiada | Alat idiofon berbilah yang beroktaf sedang dalam gamelan Melayu. |
Government Kiosks | Barung Kerajaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
petrol kiosk | barung petrol | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
dead booth | barung kalis bunyi; bilik hebah | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
balungan | balungan | Muzik | Tiada | Melodi asas yang dimainkan oleh alat muzik saron demung, saron barung dan slentem dalam gamelan Jawa. Melodi asas ini diimprovisasi oleh alat melodi lain seperti gambang dan bonang. Balungan bermaksud tulang dalam bahasa Jawa. |
kerumong | kerumong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Kerumong merupakan set gong berbusut yang dimainkan dalam muzik gamelan Melayu. Alat muzik ini serupa dengan bonang barung yang dimainkan dalam muzik gamelan Jawa. |
gamelan Jawa | gamelan Jawa | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melodi asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iaitu pelog. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
barung MSb | parang. | Mereka berkesempatan membunuh Jepun. Ada di antara mereka itu yang cekap bermain barung dan pendekar pula, terang Kabau lagi. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
barung-barung | [ba.rung.ba.rung] | باروڠ٢ |
barung | [ba.rung] | باروڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata barung |
|
|