Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
BahasaPenyelidikan
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Tajuk : Rekonstruksi dan Cabang-Cabang Bahasa Melayu Penyelenggara : Mohd Thani Ahmad Zaini Mohamed Zain Tahun terbit : 1988 Halaman : 155 Abstrak : Buku ini merupakan himpunan tujuh buah kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Antarabangsa Sejarah Bahasa Melayu. Kumpulan kertas kerja ini merupakan hasil penyelidikan daripada pakar-pakar linguistik sejarah rumpun Austronesia yang banyak terlibat dalam penyelidikan bahasa. Himpunan kertas kerja ini mengandungi maklumat tentang rekonstruksi bahasa Melayu , bahasa-bahasa yang
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Tajuk : Pensejarahan Bahasa Melayu beberapa Pandangan Awal Penyelenggara : Zaiton Ab. Rahman dan Zaini Mohamaed Zain Tahun Terbit : 1990 Halaman : 48 Abstrak : Merupakan himpunan kertas kerja tentang pandangan awal pensejarahan bahasa Melayu. Terdapat enam makalah yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil pemikiran ke arah pembinaan konsep projek penyusunan Sejarah Bahasa Melayu. Aspek penting yang dibincangkan ialah tumpuan utama yang perlu diberi perhatian apabila mengkaji susur galur sejarah bahasa Melayu. Persoalan yang diutarakan berkait dengan ruang lingkup, kaedah, cara kerja dan pendekatan yang digunakan. Pandangan dan saranan yang dikemukakan menyentuh persoalan ilmiah dan persoalan praktis yang akan dihadapi dalam pelaksanaan mana-mana penyelidikan. Liputan aspek yang dibicarakan memberi gambaran latar
1
Puisi
 

Banyak udang Kuala Palembang,
     Mari dicedok tudung sebiji;
Anak orang jangan dibimbang,
     Satu kerja haram tak jadi.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...