Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Bangun siang kerja terbuang, Banyak urusan tidak selesai; Ku mohon abang supaya datang, Hendak berpesan tiada sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bangun pagi pergi ke ladang, Menuai padi tengah berbuah; Kususun jari menyembah abang, Sampai mati kasih tak sudah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bangun malai bangunlah bungaku, Bangun puasa bulan Ramadan; Hilang bunga hilang di pangkuanku, Bungaku wujud sepanjang badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Menari bangun menepung, Makan tepung bibir rasa; Nyaris abang mati terkepung, Mujur ada sepintu dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berlari macam kuda, Bangun pagi-pagi, Bestari masih muda, Belajar tinggi-tinggi.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Air cetek mencuci baju, Bangun siang menidur anak; Lama ditinggal ingatkan satu, Jangan tak hibur oranglah banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Walaupun hari tengah malam, Kerana terkejut bangun juga; Walaupun hati berasa geram, Kerana takut tersenyum jugaKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Letak di tengah talam, Mari tumbuk kutapisi; Bangun tersedak tengah malam, Bantal kupeluk kutangisi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pagi-pagi kapal berlabuh, Singgah di Bentan membeli kopi; Bangun pagi sembahyang Subuh, Minta Tuhan tambahkan rezeki.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Teluk Dalam juara syahdu, Tanjung Jagung kuda lama; Tengah malam bangun merindu, Saya tak biasa tinggal lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangun

Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.



Lihat selanjutnya...