Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Kamus Melayu ParsiKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
banggasenang dan besar hati; megah: Tuan kebun itu berasa sangat gembira dan ~ dgn hasil tanamannya. berbangga berasa senang dan besar hati kerana sesuatu sebab; berasa bangga: Rakyat negara tsb ~ dgn kemajuan yg dicapai oleh negara mereka. membanggakan 1 menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2 berbesar hati kerana: ~ kejayaan diri sendiri. kebanggaan 1 apa-apa yg menimbulkan rasa bangga. 2 perasaan bangga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
banggasenang dan besar hati; megah: Tuan kebun itu berasa sangat gembira dan ~ dgn hasil tanamannya. berbangga berasa senang dan besar hati kerana sesuatu sebab; berasa bangga: Rakyat negara tsb ~ dgn kemajuan yg dicapai oleh negara mereka. membanggakan 1. menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2. berbesar hati kerana ...: ~ kejayaan diri sendiri. kebanggaan 1. apa-apa yg menimbulkan rasa bangga. 2. perasaan bangga.Kamus Pelajar
megah1. kelihatan gagah (hebat dll), masy­hur, mulia: namanya tidak se~ dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali; bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya; memegahkan mendatangkan (menimbul­kan) rasa megah, membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba ~; memegah-megahkan membangga-bangga­kan: maka tidak perlulah dimegah-megah-kan jika apa yg diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja; kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, ke­masyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. pe­rasaan megah: ~nya sbg pemilik peti tele-visyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung.Kamus Dewan Edisi Keempat
megah1 mulia dan masyhur: Bangunan Parlimen tersergam dgn ~nya di atas bukit itu. 2 = bermegah berasa besar hati; bangga: Ia ~ kerana mempunyai anak yg bertimbang rasa. bermegah-megah membesar-besarkan diri: Mereka ~ kerana merekalah yg pertama sampai di bulan. memegahkan menimbulkan rasa bangga atau rasa megah; membanggakan: Orang yg selalu ~ diri atau ~ harta kekayaannya akan kehilangan kawan. kemegahan sesuatu yg dimegahkan atau yg dibanggakan; kemasyhuran: Drpd hikayat-hikayat lama, kita dpt membaca kisah ttg keindahan dan ~ Melaka pd zaman dahulu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memegahkanmenimbulkan rasa bangga atau rasa megah; membanggakan: Orang yg selalu ~ diri atau ~ harta kekayaannya akan kehilangan kawan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membanggakan1 menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2 berbesar hati kerana: ~ kejayaan diri sendiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membanggakan1. menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2. berbesar hati kerana ...: ~ kejayaan diri sendiri.Kamus Pelajar
berteduh1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku;Kamus Dewan Edisi Keempat
gagah1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah; menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang; menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri; kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
besar1. tidak kecil (ukurannya): bangunan parlimen ~ dan tinggi; kereta ~; bertubuh ~; 2. penting, berpengaruh, berkuasa (berjawatan dsb) tertinggi: di depan sekali tempat orang-orang ~; guru ~ guru yg tertinggi (ketua guru di sesebuah sekolah); kerani ~ kerani yg tertinggi (ketua kerani); markas ~ markas tertinggi; 3. dewasa: anak-anaknya sudah ~; 4. ukuran lebarnya, panjangnya, tingginya, luasnya, dll): ~ badannya dua kali badan saya; 5. banyak: projek ini menelan belanja yg ~; bergaji ~; 6. kuat serta luas kawasan pemerintahan atau jajahannya dan dihormati oleh negeri-negeri lain: raja yg ~ lagi adil; 7. mempunyai kegiatan perniagaan yg meluas dan hasil pengeluarannya tinggi (bkn syarikat, perusahaan, dsb): sebuah syarikat yg ~ di Malaysia; perusahaan yg ~; 8. menelan belanja yg banyak dan ramai bilangan jemputannya (bkn kenduri, majlis, sambutan, dsb): kenduri ~; 9. amat penting (bkn hajat, niat, tugas): mereka datang membawa hajat yg ~; 10. sukar diatasi: masalah ~ yg memeningkan kepala; ~ akal sl banyak akal, pandai; ~ cakap banyak berbicara, sombong, angkuh; ~ empat di balai keempat-empat pembesar di Perak dan Minangkabau; ~ hati a) bangga, gembira; b) bongkak, sombong; ~ kepala a) keras kepala, bengal; b) bongkak, sombong; ~ mulut banyak cakap, sombong; ~ panjang dewasa; ~ perut a) gelojoh, pelahap; b) hamil; ~ kayu ~ bahannya = ~ periuk ~ keraknya prb banyak penghasilan banyak pula belanjanya; ~ pasak drpd tiang prb lebih besar belanja drpd pendapatan; besar-besaran = secara ~ 1. dgn cara (upacara dsb) yg besar (bkn sambutan, majlis perkahwinan, dsb): perkahwinan diraja itu disambut secara ~; 2. dlm bilangan yg banyak: kemasukan orang asing secara ~; menternak ayam secara ~; 3. banyak dan luas pasarannya: berniaga secara ~; 4. meluas dan bersungguh-sungguh (bkn kempen, gerakan, dsb): kempen antidenggi dijalankan secara ~; berbesar; ~ hati berasa besar hati, berasa bangga (gembira); berbesar-besar menjadi-jadi, makin bertambah; berbesaran, berbesar-besaran secara besar-besaran; membesar 1. nampak besar: tiba-tiba saya terhenti, di dlm gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya; 2. menjadi besar: tiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup spt makan, bernafas, dan ~; 3. berlagak spt orang besar, meyombong, bongkak; membesarkan 1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan; membesar-besarkan menambah atau melebih-lebihkan sesuatu (spt kejayaan, kesusahan, cerita, dsb) drpd keadaan yg sebenarnya: ia ~ kekayaannya; ~ kesalahan orang; ~ perkara yg kecil;memperbesar menjadikan lebih besar, membesarkan lagi: rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi; terbesar 1. yg sangat (amat) besar, yg besar sekali; 2. tanpa disedari atau tidak sengaja dibuat lebih besar drpd yg dikehendaki atau yg sepatutnya: dia memotong baju itu ~ sedikit;kebesaran 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar;pembesaran 1. perbuatan membesarkan (sesuatu): ~ tempat letak kereta; 2. perbuatan membesarkan (bilangan): ~ pasukan Bulan Sabit Merah; 3. perihal (proses) menjadi besar, proses membesar: ~ bahagian akar pokok; pembesar 1. orang yg berpangkat tinggi: baginda bertitah di hadapan ~ dan rakyat sekalian; 2. Id ketua daerah (pejabat dll); 3. alat utk membesarkan sesuatu; ~ suara alat penguat suara.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangga diri