Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya apabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. JAWAPAN yang diberikan dalam BUKU ialah B iaitu IV sahaja. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV Mengapakah IV salah, bukankah maksud ayat ialah abang masih belum pulang dengan menggandakan balik-balik? Ada guru yang menjelaskan bahawa I dan II salah kerana penggunaan untuk sepatutnya guna "bagi". Sebenarnya saya tidak dapat terima penjelasan tersebut. | Ayat I betul kerana kata sendi nama untuk dan bagi dapat bervariasi (bertukar ganti) kecuali dalam keadaan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, seperti dalam ayat Hadiah ini untukmu (bukan Hadiah ini bagimu). Ayat IV salah kerana balik-balik ialah bahasa percakapan yang bermaksud kerap melakukan perkara yang sama dan bahasa percakapan tidak digunakan dalam situasi rasmi. | Tatabahasa | 11.08.2011 |
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul? | 1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja. 2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih. | Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll); | Makna | 21.10.2009 |
Adakah mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik sama maksudnya? | Adakah mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik sama maksudnya? Mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik mempunyai satu makna yang sama iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun ada makna bola-balik yang membawa maksud tidak tetap percakapan dan perbuatan. | Makna | 19.12.2013 |
saya keliru penggunaan kata 'BALIK' dengan perkataan 'PULANG'. Bilakah masa yang atau situasi yang paling sesuai menggunakan perkatan 'BALIK' DAN 'PULANG'. ayat manakah yang paling sesuai/tepat: Saya hendak balik ke rumah atau saya hendak pulang ke rumah. | Merujuk Kamus Dewan perkataan balik dan pulang sama sahaja maknanya. Dalam contoh ayat yang diberi, "Saya hendak balik/pulang ke rumah atau", balik dan pulang kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.12.2007 |
kegagalan penjelasan bayaran balik pinjaman atau kegagalan untuk penjelasan bayaran balik pinjaman? | Ayat yang betul ialah kegagalan menjelaskan bayaran balik pinjaman atau kegagalan untuk menjelaskan bayaran balik pinjaman. | Tatabahasa | 04.03.2015 |
antara soalan berikut yang manakah boleh digunakan. 1. saya balik dulu. 2. saya balik dahulu. dan pertanyaan lain ialah... apa beza antara dulu dengan dahulu?? | Ayat dan ejaan yang betul ialah "Saya balik dahulu", dulu lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan dan dahulu ialah kata yang digunakan dalam konteks rasmi dan penulisan. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Adakah mundar-mandir, bolak-balik, berulang-ulang dan ulang-alik sama maksudnya? Terima kasih | Adakah mundar-mandir, bolak-balik, berulang-ulang dan ulang-alik sama maksudnya? Terima kasih Mundar-mandir, berulang-ulang, bolak-balik dan ulang-alik mempunyai satu makna yang sama iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun ada makna bola-balik yang membawa maksud tidak tetap percakapan dan perbuatan. | Makna | 19.12.2013 |
perkataan timbal balik adakah satu perkataan atau dua perkataan. jika diletakkan imbuhan me...bagaimanakah ejaannya.. jika diletakkan imbuhan di... bagaimanakah ejaannya | Perkataan timbal balik ditulis dalam dua perkataan. Dengan imbuhan me..., menjadi menimbal balik manakala dengan imbuhan di... menjadi ditimbal balik. | Ejaan | 24.11.2008 |
Menurut kamus dewan, borak -balik bermaksud ulang-alik. Jadi, adakah kedua-dua ayat berikut betul? a) Dia terpaksa ulang-alik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. b) Dia terpaksa bolak-balik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. | Salam sejahtera, Kedua-dua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul namun, penggunaan ulang-alik lebih gramatis jika digunakan dalam ayat yang tersebut. Penggunaan perkataan bolak-balik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu. | Tatabahasa | 13.10.2012 |