Kata |
Takrif |
Sumber |
balada | lagu atau puisi yg panjang yg mengisahkan sebuah cerita, mempunyai baris yg diulang di hujung setiap rangkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpolakan | menggunakan sesuatu sbg pola: sajak Balada Pemuda dan Dara ~ sajak-sajak W. S. Rendra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pola | 1. lukisan utk contoh batik; 2. corak batik (tenun dll), ragi, suri; 3. contoh, model, patrun: kadang-kadang ~ yg diambil utk pembentukan kata baru itu terdapat dlm bahasa daerah pula; ada empat ~ ayat dlm bahasa Melayu; berpola mempunyai pola: sampel ~; berpolakan menggunakan sesuatu sbg pola: sajak Balada Pemuda dan Dara ~ sajak-sajak W. S. Rendra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ballad | n balada. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
syrupy | 2. (derog) too sentimental, nice, etc, terlalu + approp adj: the ~ ballads of the Victorian era, balada zaman Victoria yg terlalu sentimental. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
interpret | 3. perform (work of art) in a way that shows how one feels about it, mempersembahkan; (role) membawa /watak, peranan/: to ~ a ballad in dance, mempersembahkan balada dlm bentuk tarian; I did not care for the way he ~ed the sonata, saya tdk suka cara dia mempersembahkan sonata itu; the young actress ~ed the role of Cleopatra very well, seniwati muda itu membawa watak Cleopatra dgn baik sekali; 4. translate, menterjemahkan: everything he said had to be ~ed, semua yg dikatakannya perlu diterjemahkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
popular ballad | balada popular/balada suka ramai | balada suka ramai/balada popular | balada suka ramai/balada popular | Komunikasi Massa |
literary ballad | balada tulis, balada sastra | balada sastera | balada sastera | Kesusasteraan |
ballad | balada | balada | balada | Kesusasteraan |
ballad | balada | balada | balada | Kesusasteraan |
tragic ballad | balada tragik | balada tragik | balada tragik | Kesusasteraan |
traditional ballad | balada lisan | balada tradisional | balada tradisional | Kesusasteraan |
romantic ballad | balada romantik | balada romantik | balada romantik | Kesusasteraan |
popular ballad | balada lisan | balada lisan | balada lisan | Kesusasteraan |
lyrical ballad | balada liris | balada lirik | balada lirik | Kesusasteraan |
historical ballad | balada sejarah | balada sejarah | balada sejarah | Kesusasteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
ballad stanza | stanza balada | Kesusasteraan | Puisi | Bait yang terdapat dalam sesebuah puisi balada. Balada merupakan suatu cerita atau epik yang panjang. Contohnya, puisi "Balada Langit Tua Manusia Sengketa" dalam kumpulan Duri dmz Api karya Usman Awang. |
art ballad | balada baharu | Kesusasteraan | Tiada | Istilah ini digunakan untuk membezakan balada moden atau balada kesusasteraan yang diketahui penulisannya dengan balada awal yang tidak diketahui nama penciptanya. |
ballad | balada | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada yang romantis dan sentimental. Balada mengandungi tema atau kisah pengembaraan, percintaan, peperangan, masalah kekeluargaan, pemberontakan dan sebagainya. Umumnya, tema utama dalam balada berdasarkan kisah atau tokoh sejarah atau legenda tempatan yang bersumberkan cerita lisan rakyat. Tradisi penciptaan balada bermula di Eropah sekitar akhir abad pertengahan: Denmark pada abad ke-12, Rusia pada abad ke-13, Sepanyol, Scotland dan England pada abad ke-14. Balada terbahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu balada rakyat, balada popular, dan balada seni. |
popular ballad | balada popular | Kesusasteraan | Tiada | Puisi naratif yang tidak diketahui penulisnya dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Juga dikenali sebagai sebagai balada rakyat atau balada tradisional. Sinonim balada tradisional |
balada tradisional | balada tradisional | Kesusasteraan | Tiada | Lihat balada popular |
folk ballad | balada rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang biasanya dipersembahkan secara nyanyian. Balada rakyat merupakan salah satu bentuk seni sastera yang awal dan wujud dalam tradisi lisan. Balada rakyat tidak mempunyai nama pengarang, sebaliknya dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara lisan. Balada rakyat biasanya ditulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dari segi susunan plot serta bahasa. Balada ini lahir dalam masyarakat pratulisan dan dipersembahkan secara nyanyian lisan. Tema balada rakyat mementingkan nilai yang bersifat heroik atau kewiraan watak yang penting dalam masyarakat tradisi. Oleh sebab balada rakyat berkembang secara lisan, maka wujud pelbagai tokok tambah dan penceritaannya dari semasa ke semasa. Contohnya, Liyangkit Parang Sabil di Selatan Filipina yang menceritakan kisah pahlawan Islam menentang penjajahan Sepanyol. |
ballad | balada | Muzik | Tiada | 1. Lagu popular dalam gaya stropik yang bercorak naratif dan rumantik seperti balada England dan Amerika pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20. Balada sering kali dimainkan dalam tempo perlahan atau sederhana. Teks yang digunakan dalam balada mengandungi unsur sentimental. 2. Lagu stropik seperti balada tradisional Anglo-Amerika sejak Zaman Pertengahan. Balada jenis ini disebarkan melalui tradisi lisan. |
art ballad | balada seni | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romanentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romatis dan memntang penjajahan Sepanyol.ceritaannya dari semasa ke semasa. . attis dan memperlihatkan ciri penciptaan seni yang tinggi, sama ada dari segi kekuatan isi mahupun nilai kehalusan sastera. Umumnya, pengarang balada seni terdiri daripada seniman yang terkenal dan ternama serta memiliki bakat kepengarangan yang tinggi. Dari segi struktur karya, balada seni memperlihatkan suatu pembaharuan daripada balada rakyat yang wujud dalam tradisi lisan. Penghasilan balada seni dibuat melalui penelitian yang mendalam terhadap corak rima dan stanza yang baharu berbanding dengan balada rakyat. Unsur ketinggian seni dalam balada seni dapat dikesan dari segi pemilihan bahasa yang kaya dengan nilai estetik, di samping kekuatan dari segi isi, teknik dan sebagainya. Balada ini dikenali juga sebagai balada sastera. |
literary ballad | balada sastera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi naratif yang diketahui penulisnya, dan berbentuk balada baharu yang lebih panjang berbanding dengan balada rakyat. |
lyrical ballad | balada lirik | Kesusasteraan | Puisi | Balada yang mengandungi kisah atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang tokoh yang sarat dengan nada dan unsur romantis dan sentimental serta curahan perasaan pengarang. Aspek-aspek perasaan yang diungkapkan itu akan menyentuh perasaan khalayak apabila balada itu dideklamasikan. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
berenong, *renong* Ib | balada cinta yang dinyanyikan oleh seorang lelaki. | Malam itu, ketika orang-orang sedang memasak, mereka sama-sama terdengar suara orang berenong (jenis nyanyian) dengan suara lantang menghilir Sungai Paku dan melimpasi hadapan rumah mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
balada | [ba.la.da] | بلادا |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata balada |
|
|