Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Bakul besar berisi pulut, Pulut hitam dibuat tapai; Lama bersabar hatiku hanyut, Siang malam badan meragai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bakul tampah berisi sekam, Sudah diayak tinggallah beras; Kupikul kasih hatiku karam, Hendak mengelak hatiku belas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bakul ketiding nampaknya besar, Diisi segantang manakan penuh; Kupikul kasih dada terbakar, Hendak dibuang hatiku luluh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bakul pembenih orang berladang, Walaupun kecil besar ertinya; Kupikul kasih menjadi hutang, Haram tak ada terima kasihnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ambil bakul isi buah, Kasi makan orang di Deli; Sepuluh kali pancing bertuah, Ikan tidak serahkan diri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buat ketupat bakul baru, Buang kulit lautan Siam; Abang dapat kekasih baru, Buang saya dalam diam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila menyukat.padi di bakul, Banyak semut datang mendekat; Dinda berangkat hatiku masyghul, Hendak ikut dilarang adat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakul

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.



Lihat selanjutnya...