Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Dia bukan sahaja rajin bahkan juga/malah/malahan pemurah. Ayat di atas betulkah? kata bukan sahaja... patut dipadankan dengan kata malah/malahan/bahkan juga ? yang mana satu padanannya? patutkah tanda koma diletakkan selepas kata rajin? tolong berikan contoh ayat untuk kata hubung berpasangan 'bukan sahaja... tetapi juga'. terima kasih.Lazimnya frasa "bukan sahaja" boleh diikuti oleh perkataan malah, malahan dan bahkan dalam ayat tersebut kerana ketiga-tiga perkataan membawa makna yang sama. Tidak perlu tanda koma selepas perkataan rajin dalam ayat tersebut.
Tatabahasa12.06.2012
Salam sejahtera, Dalam penulisan, kerap lagi saya temukan struktur Selain itu, pihak berkuasa juga ....; Di samping itu, pihak sekolah juga ..... Bahkan, pihak NGO juga .... Persoalannya, bolehkah penanda wacana 'selain itu' / 'di samping itu' / 'bahkan' dan penanda wacana 'juga' digunakan serentak kerana saya rasa kelewahan berlaku dalam struktur ini. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN

Frasa 'Selain itu, pihak berkuasa juga ...', 'Di samping itu, pihak sekolah juga ...', 'Bahkan, pihak NGO juga ...' adalah betul. 'Juga' ialah kata penegas yang memberikan penekanan pada frasa tersebut.

Tatabahasa23.12.2010
(a) Berpandukan Kamus Dewa, "juteru" membawa maksud (i) kebetulan, tepat, kenar benar (ii) malahan, bahkan. Persoalannya, mengapakah kata "justeru" digunakan sebagai penanda wacana untuk mengungkapkan maksud "oleh itu" dalam penulisan? (b) Frasa sendi "di kalangan pelajar" sepatutnya "dalam kalangan pelajar". Persoalannya, frasa sendi yang mana betul sama ada "di khalayak ramai" atau "dalam khalayak ramai"? Sekian, terima kasih.a)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata justeru digunakan untuk membawa maksud i. kebetulan,tepat,kena benar ii. malahan,bahkan. Kata justeru tidak digunakan sebagai penanda wacana untuk membawa maksud oleh itu.b)Frasa yang betul ialah dalam kalangan dan dalam khalayak.  Tatabahasa01.07.2008
justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, sebaliknya, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia. Tetapi mengapa ramai yang beranggapan bahawa justeru boleh ditukar ganti dengan oleh itu atau maka? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "justeru" bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan tidak boleh digunakan. Anggapan bahawa "justeru" boleh ditukar ganti dengan "oleh itu" mungkin disebabkan individu yang menggunakan perkataan tersebut tidak tahu maksud sebenar perkataan tersebut.Makna07.04.2012
Saya agak keliru mengenai penggunaan perkataan justeru. Menurut guru Bahasa Melayu saya, perkataan 'justeru' tidak boleh digunakan dengan diikuti perkataan 'itu'. Akan tetapi mengikut DBP perkara itu boleh dilakukan. Boleh diperjelaskan"Justeru" sama makna dengan bahkan, malahan dan lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu. Oleh itu kata justeru telah memadai dan diikuti dengan tanda koma.Tatabahasa19.08.2009
adakah penggunaan kata hubung berpasangan bukan sahaja... bahkan juga sama dengan bukan sahaja ... tetapi juga? boleh beri ayat sebagai contoh? adakah terdapat perbezaan antara kedua2 kata hubung berpasangan ini?Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami.Diingatkan bahawa Tatabahasa Dewan tidak menerima  kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis.


Contoh ayat
Agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan pendinding daripada godaan hawa nafsu
dan Beliau bukan sahaja penyeri, tetapi juga penggegar gelanggang.
Tatabahasa21.03.2013
Mengapah " Justeru" tidak boleh bersama-sama dengan itu?Makna justeru ialah malahan, bahkan, kebetulan. Oleh itu memadai dengan justeru (selepas itu bubuh tanda koma), bukan justeru itu.Tatabahasa30.06.2008
Betulkah penggunaan dimartabatkan dalam "kemerdekaan telah mengajar, mengenal hakikat satu perjuangan, namun ia bukan sekadar kenangan, bahkan perlu dimartabatkan". Sekiranya salah, boleh berikan perkataan yang sesuai untuk menggantikannyaDalam konteks ayat tersebut, perkataan "martabat" kurang sesuai digunakan kerana martabat bermaksud "kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat dll". Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah "dipertahankan" kerana kemerdekaan perlu dipertahankan.Lain-lain10.07.2007
salam. saya inginkan kepastian sama ada 'malahan' boleh digunakan untuk memulakan ayat atau tidak. sekian.

Malahan bermaksud bahkan, padahal atau sedangkan, dan perkataan itu digunakan di tengah-tengah ayat.

Tatabahasa05.11.2009
Bagaimanakah hendak menggunakaan " Justeru " dalam ayat.Justeru bermaksud 1. kebetulan,tepat, kena benar. Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan,bahkan: Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia , justeru saya puji dia.Tatabahasa14.05.2008
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahkan