Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud peribahasa "PELANDUK SELALU MELUPAKAN JERAT TETAPI JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKN PELANDUK "? | Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam. | Makna | 21.10.2009 |
Tuan, minta bina ayat dengan kata sendi nama "kepada" dan sasaran mujarad. Contohnya, kepada bahaya dadah. Dalam frasa "kepada bahaya dadah", frasa nama "bahaya dadah" merupakan sasaran mujarad yang mengikut kata sendi nama "kepada". Saya meminta tuan membina lebih banyak ayat lagi dengan penggunaan kata sendi nama "kepada" untuk sasaran mujarad, dengan syarat tidak berdasarkan ayat contoh Tatabahasa Dewan. | Ayat contoh yang menggunakan kata sendi nama kepada untuk merujuk unsur mujarad ialah Semasa musim tengkujuh, penduduk di Kelantan sentiasa diingatkan kepada bencana banjir. | Tatabahasa | 29.01.2015 |
Abang Rosdi memastikan anak-anaknya tidak terdedah .......... bahaya dadah apa jawapan yang tepat daripada atau kepada? | Abang Rosdi memastikan anak-anaknya tidak terdedah kepada bahaya dadah. kepada - kata sendi nama di hadapan kata nama yang menyatakan sasaran merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 27.06.2011 |
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan pengurusan bencana. Terdapat banyak istilah yang berkaitan yang perlu diperjelaskan terutama yang melibatkan terjemahan daripada bahasa inggeris seperti risk, danger, hazard dan disaster yang diterjemahkan kepada risiko, merbahaya, bahaya dan bencana. 1. Adakah terjemahan saya di atas adalah betul? 2.mohon pihak tuan menjelaskan beza antara keempat-empat istilah ini 3. Mohon penjelasan mengenai penggunaan istilah geobencana (geodisaster)dan geobahaya (geohazard). Adakah istilah ini boleh digunapakai atau perlu menggunakan perkataan penuh seperti bencana geologi dan bahaya geologi | 1. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menterjemahkan risk kepada risiko, danger kepada bahaya, hazard terkandung maksud risk dan danger di dalamnya, dan disaster bencana atau malapetaka. 2. Tidak ada maklumat tentang perkataan geobencana dan geobahaya dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan perkataan bahaya geologi dan bencana geologi digunakan bagi memberi faham kepada khalayak tentang perkataan tersebut. | Tatabahasa | 22.01.2015 |
on the line | dalam bahaya | Lain-lain | 04.12.2008 |
Salam. Untuk frasa 'caramelized onions', apakah tafsiran bahaya melayu yang paling tepat? Caramelized onions ialah hasil gorengan bawang pada api kecil yang akan mengeluarkan rasa manis semula jadi bawang. Terima kasih. | Tuan, Kami mencadangkan terjemahan bawang goreng garing. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.06.2017 |
Salam satu Malaysia, Adakah "Hazard Lamp" sesuai diterjemahkan kepada "Lampu Bahaya"? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi hazard lamp ialah lampu kecemasan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.10.2014 |
Salam. Ayat: Perkongsia melalui sedutan fail ke dalam pemacu pena agak bahaya. Adakah frasa "sedutan fail" wujud? Apakah maksudnya? Jika frasa ini tidak wujud, apakah frasa yang patut menggantikannya? Terima kasih. | Frasa sedutan fail tidak wujud dalam pangkalan data kami. Sila kemukakan definisi/konsep yang lebih luas penggunaannya untuk memudahkan kami mencari padanan yang lebih sesuai. | Istilah | 07.10.2020 |
salam, apakah makna "kebolehoperasian"? | Istilah kebolehoperasian membawa makna kajian bahaya dan kebolehkendalian | Istilah | 06.03.2012 |
definisi keselamatan | Perihal terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya, ataupun kesejahteraan dan keamanan. | Makna | 17.06.2009 |