Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan DBP, "lupa akan bahawa..." atau "lupa bahawa" betul? Minta baca surat WordPad saya yang bertajuk "Lupa bahawa..." atau "Lupa akan bahawa...". Saya pada asalnya berpendapat bahawa "lupa akan bahawa" betul kerana selepas perbuatan tiada melampau "lupa", mesti ada sendi nama seperti "akan" barulah dapat disambungkan klausa komplemen "bahawa...". Namun begitu, kebelakangan ini saya sedar bahawa rangkai kata "lupa akan bahawa..." salah kerana ada dua penghubung "akan" dan "bahawa". Penghubung yang tersesuai "bahawa" kerana menyambungkan perbuatan tiada melampau "lupa" pada ayat seperti "hari ini hari jadi anaknya". (Contoh: ...lupa bahawa hari ini hari jadi anaknya). Untuk pendapat lanjut saya, pohon tuan menyelidik surat tanyaan saya dalam WordPad.Merujuk buku Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif diikuti oleh kata sendi nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah "lupa akan bahawa". Sebarang dapatan baharu boleh dikemukakan untuk perbincangan kepada pihak yang berwenang seperti pengkaji dan pakar bahasa. Dalam ruangan yang terhad ini, tidak dapat melihat dan menilai sesuatu kajian kerana memerlukan pembacaan yang banyak dan penelitian yang rinci. Antara medan yang sesuai ialah Jurnal Bahasa terbitan DBP yang mengumpulkan banyak kajian ilmiah oleh pakar, pengkaji dan penggiat bahasa. Kami menghormati sebarang pandangan, namun teras perkhidmatan kami ialah rumus yang telah disusun dalam Tatabahasa Dewan.Tatabahasa04.12.2016
Salam DBP, soalan saya berkisar mengenai frasa "ialah bahawa" dan "adalah bahawa" serta jenis-jenis frasa yang boleh berada di hadapan setiap frasa tersebut. Contoh: (1) Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {Shirin seorang pegawai polis Bukit Aman}. {FN+FN} (2) Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {budak Cina itu sedang menggali longkang.} {FN+FK} {3} Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {warna baju Kamariah kemerah-merahan.} {FN+FA} {4} Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {angin itu dari arah selatan ke utara semenanjung. {FN+FSN} Mohon ajukan soalan sintaktis ini kepada munsyi-munsyi yang bertauliah. Terima kasih
"Ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri. "Ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata "bahawa"  ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. 

Cadangan jawapan:

(1) Maklumat yang diterima ialah Shirin seorang pegawai polis di Bukit Aman.
(2) Maklumat yang diterima ialah budak Cina itu sedang menggali longkang.
(3) Maklumat yang diterima adalah warna baju Kamariah kemerah-merahan.
(4) Maklumat yang diterima ialah  angin itu dari arah selatan ke utara semenanjung.

Contoh penggunaan kata "bahawa": 
Ali menyedari bahawa dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa05.05.2022
1) Perubahan itu menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut. 2) Perubahan itu menunjuk kepada kita bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut. Ayat mana satukah yang betul? Pada pendapat saya, ayat pertama baru betul, kerana menunjukkan ialah kata kerja transitif yg memerlukan objek, dan frasa bahawa bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut ialah subordinate clause yg boleh berdiri sebagai objek. Betulkah pengertian saya?

Ayat yang tepat ialah “Perubahan itu menunjukkan bahawa kerajaan telah berusaha untuk menangani masalah tersebut.”

Lain-lain28.11.2023
Tolong jelaskan penggunaan kata hubung bahawa... Kita perlu memastikan bahawa kita mengikuti amalan pemakanan yang seimbang bagi menjalani kehidupan yang sihat. Penggunaan bahawa dalam ayat ini ...betul tak encikPenggunaan kata "bahawa" pada ayat" Kita perlu memastikan bahawa kita mengikuti amalan pemakanan yang seimbang bagi  menjalani kehidupan yang sihat adalah betul.Tatabahasa19.02.2016
Yang mana betul. percaya bahawa atau mempercayai bahawa.apakah alasannyaKedua-dua "percaya bahawa" dan "mempercayai" adalah betul dan boleh digunakan. Contohnya; 1. Ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebabkan kematian. 2. Saya tidak akan mempercayai orang yang suka bercakap bohong.Tatabahasa07.05.2014
Saya "yakin" atau "berkeyakinan" bahawa dia akan berjaya? Jika "bahawa" digugurkan, adakah ayat ini gramatis? Bolehkah "bahawa" ditukar menjadi "yang"?1. Ayat yang betul ialah "Saya berkeyakinan bahawa dia akan Berjaya". Jika perkataan bahawa digugurkan, ayat tersebut menjadi tidak gramatis.

2. Perkataan "bahawa" dalam ayat tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan "yang" kerana "yang" merupakan kata hubung relatif yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh: Saya membeli baju "yang" berwarna merah.
Tatabahasa14.10.2017
Salam sejahtera. adakah frasa "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa" dan "Sukacitanya dimaklumkan bahawa" boleh digunakan dalam penulisan surat rasmi? Sekian, terima kasih.

Frasa Sukacitanya dimaklumkan bahawa dan Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa... adalah betul. Frasa pertama dalam bentuk ayat biasa (subjek + predikat), manakala frasa kedua dalam bentuk kata sendi nama/kata hubung pada pangkal ayat utama (subjek + predikat). 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa16.01.2024
Salam, bagaimanakah kita membezakan penggunaan "mengatakan" dan "mengatakan bahawa" ? Adakah kedua-dua boleh digunakan, ialah perkataan "bahawa" telah digugurkan? contoh: (ayat bukan bersifat dialog) 1. Bab satu mengatakan bahawa latar belakang watak utama. / Bab satu mengatakan latar belakang watak utama. 2. Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan / mengatakan bahawa kamu sudah naik berang. 3. Jika kamu mengatakan / mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin.Perkataan mengatakan membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen, seperti ayat Dia mengatakan bahawa dia akan berangkat besok. Perkataan mengatakan juga boleh membawa maksud menyifatkan atau memisalkan, seperti dalam ayat Ali mengatakan Ahmad sebagai kambing kerana dia takut mandi. Ayat yang betul: 1. Bab satu mengatakan latar belakang watak utama; Selepas mendengar hal ini, saya dapat  mengatakan bahawa kamu sudah naik berang; dan 3. Jika kamu mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin.Tatabahasa10.11.2014
2. Dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan kuota warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji Film. Bolehkah saya menggunakan perkataan Dimaklumkan bahawa atau adalah dimaklumkan bahawa di hadapan ayat? dan sekiranya tidak boleh apakah ayat yang baik untuk digunakan bagi ayat diatas?

Frasa yang betul:

  1. Dengan ini dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.
  2. Untuk makluman tuan/puan, unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.

Tatabahasa17.10.2022
Assalamualaikum. ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? kata kerja tersebut sy lihat boleh dipasifkan, tapi ayat tersebut diikuti dgn 'bahawa', 'untuk', 'ke' & 'daripada'. 1)menyatakan bahawa tajuk 2)merancang untuk merampas 3)bedilan meriam 4)membuktikan bahawa Kerajaan 5)mencatatkan bahawa askar 6)berbeza daripada majoriti rakyat 6)tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam 7)jatuh ke tangan Siam1) menyatakan bahawa tajuk - kata kerja aktif transitif
2) merancang untuk merampas - kata kerja aktif transitif
3) bedilan meriam - kata nama
4) membuktikan bahawa Kerajaan - kata kerja aktif transitif
5) mencatatkan bahawa askar - kata kerja aktif transitif
6) berbeza daripada majoriti rakyat - kata kerja transitif berpelengkap
6) tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam - frasa kata kerja
7) jatuh ke tangan Siam - frasa kata kerja
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, tajuk pembentukan kata kerja.
Tatabahasa27.03.2012
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahawa