Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v2.0Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
bahas1 perbincangan; pengupasan. 2 penyelidikan; pemeriksaan. berbahas bertukar-tukar fikiran antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara; berdebat: Mereka sedang ~ ttg pelajaran anak-anak Melayu. membahas 1 menyatakan tidak setuju dgn sebab-sebab tertentu; menyanggah (dgn alasan tertentu); mendebat: Ali telah ~ pendapat Musa dgn panjang lebar dlm forum tsb. 2 menyelidik; memeriksa. memperbahaskan menjadikan sesuatu sbg bahan berbahas; memperdebatkan: Perkara itu akan diperbahaskan dlm majlis yg akan diadakan nanti. perbahasan pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan. pembahasan perbuatan atau hal membahas. pembahas 1 orang yg membahas: Pihak ~ telah memenangi perbahasan itu dgn kelebihan lima belas mata. 2 orang yg berbahas atau memperbahaskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bahaspenyelidikan, pengupasan, perbincangan; ilmu ~ pengetahuan tentang mencari kebenaran (cara berfikir yg benar) dgn jalan bertukar fikiran;berbahas, berbahas-bahasan berbincang dgn seseorang atau pihak yg lain mengenai sesuatu perkara dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), berdebat: mereka ~ mengenai kesalahan bahasa;membahaskan 1. membincangkan sesuatu dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan: persidangan utk memilih usul-usul yg akan dibawa dlm sidang agung utk dibahaskan; 2. mengupas, mengkritik, membantah: kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi;bahasan 1. kritik, penyelidikan; 2. = perbahasan; perbahasan 1. perihal berbahas atau membahaskan, perdebatan: dlm ~ itu, acap kali dikemukakan pendapat yg bukan-bukan; ~ mengenai rang undang-undang; 2. peraduan berbahas antara dua pasukan (biasanya terdiri drpd tiga orang) yg membahaskan sesuatu tajuk (secara formal): ~ peringkat akhir antara Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Kursiah akan disiarkan secara langsung melalui televisyen;pembahasan perihal membahaskan;pembahas orang yg membahaskan (sesuatu perkara), orang yg mengambil bahagian dlm (peraduan) perbahasan: ~, baik pencadang mahupun pembangkang, terdiri drpd dua orang Melayu dan dua orang bukan Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bahaspenyelidikan; pemeriksaan. berbahas bertukar-tukar fikiran antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara; berdebat: Mereka sedang ~ ttg pelajaran anak-anak Melayu. membahas 1. menyatakan tidak setuju dgn sebab-sebab tertentu; menyanggah (dgn alasan tertentu); mendebat: Ali telah ~ pendapat Musa dgn panjang lebar dlm forum tsb. 2. menyelidik; memeriksa. memperbahaskan menjadikan sesuatu sbg bahan berbahas; memperdebatkan: Perkara itu akan diperbahaskan dlm majlis yg akan diadakan nanti. perbahasan pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan. pembahasan perbuatan atau hal membahas. pembahas 1. orang yg membahas: Pihak ~ telah memenangi perbahasan itu dgn kelebihan lima belas mata. 2. orang yg berbahas atau memperbahaskan.Kamus Pelajar
majlis bahas (perbahasan)perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas;Kamus Dewan Edisi Keempat
majlis I1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ilmu bahaspengetahuan tentang mencari kebenaran (cara berfikir yg benar) dgn jalan bertukar fikiran;Kamus Dewan Edisi Keempat
debat(débat) bahas, perbahasan: majlis ~ pd malam itu tidak jadi diadakan; berdebat, berdebat-debatan bertukar fi­kir­an (biasanya yg bertentangan) atau ber­bantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum; mendebat membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dll) dgn mengemukakan alasan atau hujah, membahas; mendebatkan, memperdebatkan men­debat tentang sesuatu, membahaskan, mem­perbantahkan: ketika itu mereka sedang ~ hal-hal parti politik; perdebatan pertukaran fikiran biasanya yg bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan: ~ mengenai pe­­rincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pd hari Khamis; pendebatan perihal (perbuatan dsb) men­debatkan atau memperdebatkan: soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan; pendebat orang yg berdebat (mendebat), pembahas.Kamus Dewan Edisi Keempat
ilmu mantikilmu bahas akal, ilmu jalan fikiran tentang sebab dan kejadian yg terbit daripadanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mantikAr = ilmu ~ ilmu bahas akal, ilmu jalan fikiran tentang sebab dan kejadian yg terbit daripadanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
hakim1 pegawai yg mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah: Tuan ~ yg membicarakannya mendapati ia tidak bersalah dan telah dibebaskan. ~ Besar ketua hakim. 2 orang yg dilantik utk mengadili sesuatu pertandingan atau permainan: Tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah. berhakim, = ~ kpd minta diadili oleh; minta pengadilan drpd: Marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa yg bersalah dan siapa yg benar. menghakimi berlaku atau bertindak sbg hakim terhadap; mengadili: Serahkan perkara itu kpd dia, kamu jangan ~nya. kehakiman hal-hal mengenai urusan undang-undang dan pengadilan: jabatan ~. penghakiman perbuatan (tindakan) menghakimi sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahas;